Memandangkan hujung minggu ini adalah cuti yang sedikit panjang buat sesetengah pekerja kerana perayaan cuti Wesak, pasti ada yang tidak tahu atau tidak merancang lagi aktiviti apa yang hendak dipenuhi ketika hujung minggu ini.
Bagi penggemar filem, terutamanya filem yang berunsurkan makanan dan falsafah, anda bolehlah mengisi masa anda dengan menonton filem daripada negara jiran, Indonesia yang bertajuk Aruna dan Lidahnya. Filem ini ditertbitkan pada tahun 2018.
Filem Aruna dan Lidahnya yang dibintangi oleh pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra sebagai Bono dan Dian Sastrowardoyo sebagai Aruna mengisahkan tentang sekumpulan anak muda yang meneroka makanan di empat daerah di Indonesia iaitu Jakarta, Surabaya, Pamekasan dan Pontianak.
Memasuki filem Aruna dan Lidahnya ini, penonton akan dihidangkan dengan makanan unik Indonesia yang ramai tidak tahu tentang keenakannya.
Misalnya di Jawa, penonton dihidangkan dengan makanan Campur Lorjuk. Lorjuk adalah sejenis kerang laut atau biasanya disebut kerang bambu. Rasa kuahnya yang dipadukan bersama daging lembu yang empuk dijamin bakal mengiurkan penonton yang menontonnya.
Selain itu, menjejak di Pontianak, Bakmi Kepiting ditontonkan dengan cara yang menarik melalui klip filem itu. Bukan hanya tekstur mi yang halus dan kenyal, tetapi topping di makanan ini juga membuatkan penonton berasa ingin mencari makanan itu segera.
Banyak lagi tempat yang menarik di dalam filem ini dapat ditonton dan dirujuk.
Melalui filem ini, Aruna, Bono, Nad dan Farish sentiasa menggunakan dialog yang mendekatkan penonton tentang makanan yang dinikmati mereka sambil disajikan bersama dialog tentang kehidupan.
Misalnya, sebagai seorang Chef, Bono pernah mengungkapkan kata-kata seperti, “hidup itu kayak makanan. Dalam satu piring, lu bisa ngerasain makanan yang sepahit-pahitnya atau seasin-asinnya, kalau lu makannya sendiri-diri”.
Maksud daripada ungakapan itu, hidup itu boleh diterjemahkan melalui kita mengaprisasikan makanan. Makanan, jika kita mengasingkan ia dalam bentuk sayur, bawang, lada dan garam misalnya, ia hanyalah sekadar bahan mentah.
Tetapi, jika bahan mentah itu dicampur, ia akan menghasilkan satu makanan yang lazat. Sama seperti kehidupan, hidup memerlukan pertolongan antara satu sama lain dan bersama menggembleng tenaga jika kita mahu ke hadapan.
Jadi, jika anda terasa ingin meneroka dan ambil tahu tentang makanan Indonesia yang lain daripada lain, bolehlah tonton filem ini di Neftlix untuk merasai sendiri pengalaman secara visual dengan sinematografi yang mengujakan.
Sumber: Neftlix Aruna dan Lidahnya
Baca juga: Port Asam Pedas Melaka Paling Famous Yang Wajib Anda Kunjungi, Rugi Tak Cuba!