Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 1001 Kisah Asal Usul Ketupat Yang Masih Lagi Ramai Tak Tahu, Ramai Cakap Ia Berasal Dari…

1001 Kisah Asal Usul Ketupat Yang Masih Lagi Ramai Tak Tahu, Ramai Cakap Ia Berasal Dari…

Kategori: ,
asal-usul ketupat

Bila tiba Hari Raya Aidilfitri pastinya makanan yang seringkali dinanti-nanti adalah ketupat, lemang dan tapai. Selain biskut raya dan kuih muih lain, ketupat dan tapai ini juga merupakan makanan yang wajib ada. Tiada hidangan ini pasti tidak terasa kemeriahannya.

Seperti yang sedia maklum, ketupat mempunyai dua jenis. Yang pertama ketupat nasi, dimana ketupat nasi ini dibungkus dengan menggunakan daun kelapa. Manakala ketupat pulut dibungkus dengan menggunakan daun palas. Pastinya ramai yang mengenali dan sudah terbiasa dengan rasa kedua-dua jenis ketupat ini.

Asal Usul Ketupat

Mengenai ketupat ini, tahukah anda dari mana ia berasal? Mungkin ramai di antara anda beranggapan bahawa ketupat ini berasal dari masyarakat Melayu lama kan. Namun yang sebetulnya, menurut sejarah lama ketupat ini sebenarnya berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Ia diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga sewaktu kemasukan agama Islam di sana.

Pada ketika itu, Sunan Kalijaga ini membudayakan dua sambutan yang dikenali dengan nama Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda Kupat bermaksud seminggu selepas hari raya dan ia adalah hari dimana setiap rumah akan menganyam ketupat dengan menggunakan daun kelapa muda.

Selepas ketupat tersebut siap, ia akan diberikan kepada golongan yang lebih tua. Pemberian tersebut adalah sebagai simbolik jalinan silaturahim dan kesatuan sesama masyarakat . Apa yang lebih menarik lagi adalah Kupat ini berkait rapat dengan aspek keagaamaan di mana Ketupat tadi dianggap sebagai kiblat papat limot pancer. Kiblat papat limor pancer ini melambangkan empat arah mata angin iaitu timur, barat, selatan dan utara.

ketupat

Menurut beberapa sumber, para penyelidik sejarah berpendapat pada ketupat ini mempunyai beberapa maksud yang tersirat. Di mana kesalahan dan dosa manusia dicerminkan melalui pembungkusan ketupat (anyaman daun). Manakala kebersihan dan kesucian hati setelah memohon keampunan dari segala dosa dan kesalahan dilambangkan melalui nasi pulut yang putih dan bersih itu.

Jenis-Jenis Ketupat

Kini terdapat pelbagai jenis ketupat yang ada di Malaysia. Namun yang popular dan seringkali dibuat adalah ketupat nasi (berbentuk segi empat). Ketupat nasi ini menggunakan daun kelapa. Bagi ketupat nasi kebiasaanya kita memakannya bersama dengan rendang, serunding atau pun sambal. Rasanya yang tawar memang enak jika dimakan dengan hidangan tersebut.

Selain itu adalah ketupat pulut atau ketupat palas (berbentuk segi tiga). Ia dibungkus dengan menggunakan daun palas. Terdapat pelbagai jenis ketupat palas antaranya pulut biasa (lemak/manis), pulut hitam, jagung dan kacang. Ketupat palas ini boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan manisan tebu atau serunding. Terpulang pada selera masing-masing.

Baca juga : Wanita Ini Kongsi Cara Buat Ketupat Frozen, Boleh Tahan Berbulan-Bulan

tags: | | |