Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ramai Tak Tahu, Asam Laksa Penang Berada Di Tangga Ke-7 Makanan Tersedap Dunia!

Ramai Tak Tahu, Asam Laksa Penang Berada Di Tangga Ke-7 Makanan Tersedap Dunia!

Kategori: ,
laksa tersedap dunia

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial ‘perang’ laksa dari Kedah dan laksa dari Johor sehingga ada warganet yang mempertikaikan jenis ikan yang digunakan dalam masakan kegemaran rakyat Malaysia itu.

Hal ini membuktikan rakyat Malaysia mempunyai pelbagai citarasa yang berbeza. Namun seharusnya kita berbangga kerana ada satu jenis laksa yang telah menjadi antara makanan terbaik dunia iaitu Asam Laksa Penang!

Asam Laksa Penang berada di tangga ketujuh tersedap dunia!

Menerusi saluran berita antarabangsa CNN telah menyenaraikan 50 makanan terbaik dunia dan hidangan Asam Laksa Penang berada di tangga ketujuh. Wow! Bukan calang-calang.

CNN turut menggambarkan asam laksa sebagai ‘hidangan yang akan membuatkan hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda’.

Kari Massaman dari Thailand mendapat tempat pertama, manakala tempat kedua dan ketiga dari negara Eropah dan Amerika Selatan, Pizza Neopolitan (Itali) dan Coklat (Mexico).

Selain Malaysia dan Thailand, masakan dari Jepun dan China turut berada dalam senarai iaitu Sushi dan Peking Duck yang berada di tangga keempat dan kelima.

Untuk pengetahuan semua, Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Difahamkan ianya berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan).

Bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tetapi setiap kuah laksa bagi setiap negeri menggunakan ikan yang berbeza dan turut mempunyai nama yang tersendiri mengikut di mana ia disediakan.

Sumber: Remaja

tags: |