Terdapat berbagai jenis versi masakan asam pedas. Ada yang guna daging, ada yang guna ikan, dan ada juga yang gunakan ayam. Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua, resepi asam pedas daging style melaka. Ada resepi yang gunakan kerisik dan ada juga yang tidak gunakan kerisik.

Resepi :

Bahan-Bahan:

  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 biji bawang merah – dikisar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • Cili kisar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 – 4 keping daun limau
  • Daging
  • 2 batang serai
  • Sedikit garam
  • Air asam jawa
  • Sedikit serbuk perasa

Cara Memasak :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar.
  2. Masukkan lada hitam dan juga cili yang telah dikisar.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan juga sedikit air serta daun limau purut.
  4. Masukkan daging dan juga serai.
  5. Masukkan garam secukup rasa dan masukkan sekali bancuhan air asam jawa.
  6. Masukkan serbuk perasa.
  7. Biarkan mendidih seketika dan siap untuk dihidang.

 

Selamat mencuba.

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 10 times!)