Asam pedas antara masakan yang agak popular, tidak dinafikan semua orang sudah pandai memasaknya untuk dihidangkan kepada seisi keluarga. Disini saya ingin kongsikan Asam Pedas Versi Dahlia’s Kitchen.

 

Resipi Asam Pedas Dahlia’s Kitchen

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 2 Biji Bawang Besar
  • Segenggam Ulas Bawang Putih
  • Kunyit Hidup Setengah Ibu Jari
  • Halia Sebesar Ibu Jari
  • 2 Genggam Cili Kering
  • 2 Sudu Makan Lada Hitam
  • Segenggam Kecil Belacan

Bahan-bahan lain

  • Ikan ( citarasa masing2 )
  • 2 Batang Serai ( Dititik )
  • 3-4 Helai Daun Limau
  • 2 Genggam Besar Asam Jawa ( diramas bersama air 3-4 mangkuk – citarasa masing2 )
  • 2 Sayur Asin
  • 2 Biji Tamato ( dibelah 4 )
  • Kacang Bendi ( citarasa masing2 )
  • $1/- Daun Kesum
  • Garam Secukup Rasa

Cara Cara memasak

  • Panaskan minyak tumis bahan kisar, masukan serai dan daun limau
  • Setelah naik minyak masuk air asam tunggu hingga mendidih
  • Bila mendidih masuk ikan dan sayuran, garam secukup rase dan siap di makan

Kredit: Dahlia’s Kitchen

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 5 times!)