Jika anda berkunjung ke Melaka, tidak lengkap kalau tidak menikmati juadah yang cukup sinonim dan popular di negeri tersebut iaitu asam pedas. Sebut sahaja asam pedas, pasti terbayang keenakkan juadah yang menjadi kebanggaan orang Melaka. Terdapat banyak restoran yang menawarkan hidangan asam pedas di Melaka. Salah satunya adalah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung.
Restoran ini terletak di Jalan PM 3, Mahkota Square. Ianya diusahakan oleh Saharuddin Mohd Nor sejak 1989 lagi. Restoran ini menyediakan resepi asli asam pedas istimewa kepala ikan jenahak yang boleh dinikmati dengan nasi panas dan pelbagai jenis ulam-ulaman. Ikan lain juga disediakan mengikut pilihan dan cita rasa pelanggan. Selain dari ikan, pelbagai lauk-pauk lain juga turut disediakan di sini.
Di samping itu, Restoran ini juga mengutamakan kualiti setiap makanan yang disediakan supaya dapat memikat hati pelanggan yang menikmatinya.
Sumber: Hypp Inspirasi