Ada segelintir atlet yang bertanding dalam temasya Sukan Olimpik 2024 berasa muak dengan menu yang disediakan oleh penganjur di Perkampungan Olimpik.
Untuk tampil berbeza sambil menerapkan pentingnya menjaga alam sekitar, Perancis menyediakan menu yang mesra alam di mana makanan terdiri dari sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.
Langkah ini lantas mendapat kritikan dari kebanyakan atlet dimana mereka mahu menu seperti daging, telur dan mereka juga mahu ukuran hidangan untuk dibesarkan.
Selain makanan, ada juga atlet yang mengadu mengenai keadaan di perkampungan olimpik di mana mereka tidak selesa untuk berehat selepas berkasi dalam acara yang disertai.
Pemenang pingat emas dari Itali, Thomas Ceccon, dirakam tidur di sebuah taman di Paris selepas mengadu tentang keadaan di Perkampungan Olimpik.
Ceccon menyalahkan persekitaran yang teruk sebagai punca kegagalannya untuk melayakkan diri ke pusingan akhir 200 meter kuak lentang pada Rabu lepas.
Atlet Itali itu ialah antara peserta pilihan untuk acara tersebut selepas merangkul emas dalam acara 100 meter kuak lentang.
“Tiada penyaman udara, panas dan makanannya teruk,” kata Ceccon selepas persembahan mengecewakan dalam saringan 200 meter.
Bintang tenis Amerika Syarikat, Coco Gauff mendedahkan bahawa salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah disebabkan kawasan penginapan atlet tersebut yang sempit.
Perenang Australia, Ariarne Titmus pula berkata: “Mungkin bukan masa saya untuk beraksi (cemerlang), namun tinggal di Perkampungan Olimpik menyukarkan keupayaan untuk beraksi.
Bekas perenang Olimpik yang juga dari Australia, James Magnussen pula menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menjadikan perkampungan tersebut sangat tidak selesa.
“Antaranya adalah katil kadbod yang membuatkan penghuni tidak mendapat tidur secukupnya. Tiada penyaman udara yang turut memainkan faktor utama,” katanya.
Sumber:Kosmo & Times Algebra
Baca juga: Uncle Roger Bakal Buka Restoran Pertamanya Di Pavilion KL Pada Bulan September Ini!