Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » ‘Ayah’ Berumur 79 Tahun Masih Kuat Mencari Rezeki, Berniaga Air Tebu Tepi Jalan Buat Netizen Menangis

‘Ayah’ Berumur 79 Tahun Masih Kuat Mencari Rezeki, Berniaga Air Tebu Tepi Jalan Buat Netizen Menangis

Kategori: ,
ayah jual air tebu

Sejak Covid-19 melanda dunia, ramai yang hilang punca pendapatan dan telah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan. Seperti apa yang berlaku di Kampung Raja, Besut , Terengganu. Di mana ada seorang lelaki yang berusia 79 tahun masih gigih mencari rezeki dengan berniaga air tebu di tepi jalan.

Live yang berdurasi lebih kurang 10 minit itu direkod oleh seorang lelaki dan dimuat naik dilaman facebook KakSah KateringBesut. Pada awal video tersebut kelihatan seorang lelaki yang berumur 79 tahun itu di sapa dengan panggilan ‘ayah’  menuangkan air ke dalam gelas yang mana kesemua air tersebut diborong oleh lelaki yang merakam video ini.

Si ayah terketar-ketar…

Di dalam video tersebut kelihatan tangan si ayah terketar-ketar. Sambil menjawab pertanyaan oleh lelaki yang merakam video tersebut. Harga air tebu yang dijual hanyalah berharga RM2. Dan air tebunya itu juga dimesin sendiri oleh ‘ayah’.

Air tebu legend…

Lelaki yang merakam video ini menyeru orang ramai agar membeli air tebu ‘ayah’ ini. Gerai yang hanya berkanopi tersebut terletak berhampiran restoran Rumbia dan Pejabat Agama Besut. Air tebu tersebut merupakan air tebu legend yang dibuat dan dimesin sendiri oleh ‘ayah’. Menurutnya juga, ‘ayah’ ini telah lama menjual air tebu tersebut, dulu hanya menjual dengan menaiki basikal.

Terpancar kegembiraan dari raut wajah…

Setelah beliau memborong kesemua air tebu yang dijual oleh ayah ini, terpancar kegembiraan dari raut wajah lelaki yang berumur 79 tahun ini. Rata-rata warganet yang menonton video tersebut berasa terharu dan sedih. Terharu dengan sikap abang yang sangat bermurah hati dan dengan sikap ‘ayah’ yang masih gigih dan kuat bekerja.

Semoga abang dan ayah ini dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan!

Sumber: KakSah KateringBesut

 

tags: |