Bila kita hidup bersama lama bersama pasangan kita, tidur bangun makan bersama. Bila sudah tiada, semestinya 90% dari hidup kita akan hilang dan buatkan kita rasa tidak berdaya lagi. Tetapi, itulah kehidupan yang harus kita hadapi kerana semua manusia akan tinggalkan dunia.
Sama seperti nasib Pak Cik ini apabila beliau rindukan arwah isterinya yang sudah meninggal dunia dan menangis apabila singgah makan di kedai makan kegemaran isterinya.
Anak beliau yang bernama yasmin201689 memuatnaik video ayahnya yang sedang menangis di laman media sosial TikTok beliau. Mereka berkunjung ke kedai makan kegemaran emak mereka dan ayahnya terus menangis.
Ini kerana perasaan beliau yang amat rindukan isterinya.
Perasaan rindu itu membuak-buak apabila ia berkait dengan orang yang dirindui. Ketika itu beliau sambil makan sambil menangis dan lap pipinya.
Jika kita letakkan diri kita di situasi itu, semestinya kita sama juga dengan pak cik ini.
Mungkin banyak kenangan beliau dengan arwahnya di sini namun setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Kita haruslah sentiasa redha dengan pemergian orang tersayang dan terus kuat untuk orang yang masih ada bersama kita sekarang.
@yasmin201689 Kami pn rindu…😭
@yasmin201689Kami pn rindu…😭
Pemilik video ini telah menutup ruangan komen kerana sebab-sebab tertentu. Jadi, ini adalah antara reaksi dan komen daripada Instagram Page Zayan.my mengenai video pak cik ini.
Jadi, kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa menghargai ibu bapa kita yang masih ada di muka bumi ini kerana peritnya hidup tanpa mereka. Mereka adalah insan yang sentiasa ada untuk kita biarpun kita sudah tua.
Kita haruslah sentiasa redha dengan apa jua cabaran dan rintangan yang ada dalam hidup kita supaya kita lebih kuat di kemudian hari.
Kredit: yasmin201689