Ayam bakar blackpepper telah menarik perhatian warganet yang gemarkan ayam bakar ataupun blackpepper. Kesemua ayam bakar dimasak melalui proses membakar sama ada menggunakan oven, atau magic pan atau pemanggang ajaib.
Ikuti resepi yang telah dikongsi di Facebook Food Makan yang dikongsi oleh Dani.
“Alhamdulillah, Sedapnya.”- Ayam Bakar Blackpepper Sedap & Menggiurkan Raih Perhatian Warganet. Ini Resepinya!
Bahan-bahan:
* 1/2 ekor ayam (cuci bersih & toskan)
* Gula/ madu
Bahan B (dikisar/ ditumbuk)
* 1 batang serai
* 5 ulas bawang putih
* Sedikit halia
Bahan C (kuantiti sesuai selera)
* Sedikit sos tiram
* Sos cili
* Sos tomato
* Serbuk kunyit
* Lada hitam serbuk
* Lada hitam hancur
* Sedikit lada putih
* Garam
* Sedikit minyak masak @ minyak bijan
* 1 sudu besar planta
Cara Penyediaan:
- Gaul sebati semua bahan C kemudian masukkan bahan B dan gaul sebati lagi
- Kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
- Kemudian kalau guna gula, boleh terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi. Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 – 15 minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
- Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing. Saya guna suhu bawah 180c, atas 150c. Lebih kurang 1 jam 30min.
Dah tahu cara? Mudah je kan? Kalau macam ni menyelerakan bukan golongan dewasa sahaja yang kanak-kanak pun berselera nak makan.
Selamat mencuba dan berkongsi resepi dengan semua orang.
Kredit: Food Makan
Baca juga: “Tak Kan La Saya Sanggup..”, Tidak Tahu Menahu Namun Individu Jerit Kepada Wanita Ini Gara-Gara Beri Anak Makan Nasi Dengan Sup Kosong