Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ayam Korea Soy Garlic & Spicy Ala 4Fingers, Buat Sendiri Jimat Berganda!

Ayam Korea Soy Garlic & Spicy Ala 4Fingers, Buat Sendiri Jimat Berganda!

Kategori:
Ayam Korea

Siapa anak-anak suka sangat makan ayam korea dari 4Fingers? Bukan setakat anak-anak, mak bapak budak pun suka. Tapi, kalau makan setiap minggu, boleh tahan mahal juga.

Kalau buat sendiri, beli ayam 1 kilogram berharga RM15 dapat 18 ketul ayam. Memang jimat! Puas hati dapat makan satu keluarga. Jom lihat resipi lengkap di bawah.

Ayam Korea Soy Garlic & Spicy Ala 4Fingers, Buat Sendiri Jimat Berganda!

Bahan-bahan perap ayam:

  • 1 kg kepak ayam
  • Lada hitam
  • Bawang putih cincang

Bahan Salutan:

  • Tepung bestari original bestari (jika tiada, guna tepung gandum dan tepung jagung)

Cara-cara membuat ayam goreng:

  1. Perap ayam bersama lada hitam dan bawang putih.
  2. Kemudian gaul ayam dengan tepung pilihan masing-masing.
  3. Goreng ayam separa masak. Kemudian angkat. Biarkan sejuk seketika.
  4. Kemudian goreng semula untuk kali kedua sehingga garing.

Bahan sos spicy korea:

  • Minyak
  • Bawang putih cincang halus
  • Sos tiram
  • Sos korea adabi
  • Madu
  • Gula perang
  • Garam
  • Perahan lemon

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Masak sehingga pekat. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam dan gaul sebati.
  2. Sedia untuk dimakan!

Bahan sos soy garlic:

  • Minyak
  • Bawang putih cincang
  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap manis
  • Gula perang
  • Garam
  • Perahan lemon 2 sudu (jika suka rasa masam)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan. Masak sehingga pekat. Bila sudah menggelegak, masukkan ayam dan gaul sebati.
  2. Sedia untuk dimakan bersama nasi.

Tonton video ini untuk langkah-langkah selanjutnya:

Kredit resipi: Asma Nordin

tags: | |