Resepi sedap yang pantas disediakan iaitu Ayam Masak Butter. Ciri-ciri Ayam Masak Butter yang sedap ialah, kuahnya haruslah berlemak, masin dan pedas secukup rasa.

Diseimbangkan pula dengan salutan ayam berempah yang digoreng garing diluar dan masih lembab serta lembut di dalamnya. Kita masukkan juga daun kari untuk membangkitkan aroma hidangan ni.

Bahan untuk Ayam Goreng:

  • 3 sudu besar tepung gandun
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit lada hitam
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • 2 keping dada ayam, hiris kecil

Bahan untuk Kuah Butter:

  • 4 sudu besar mentega/butter
  • ½ biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili api merah dan hijau
  • Daun kari
  • 1 tin/400ml susu cair
  • 1 keping cheese cheddar
  • Sedikit garam

Cara menyediakan ayam:

  • Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan gaul bersama 1 biji telur.
  • Masukkan hirisan ayam dan gaul bersama adunan tadi sehingga sebati.
  • Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili api.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing.

Cara menyediakan kuah butter:

  • Panaskan butter dan tumis bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
  • Masukkan susu cair dan cheese cheddar dan kacaukan sehingga masak.
  • Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati.
Selamat mencuba !!!
0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 10 times!)