Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api, Menu Paling Senang & Terlajak Sedap

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api, Menu Paling Senang & Terlajak Sedap

Kategori:

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api la menu paling senang dan terlajak sedap kalau nak buat. Campak campak je dah siap.

Kat Negeri Sembilan memang famous dan menu wajib mak mak dan anak dara kat dapur sebab easy peasy je. Pertama kali masak pun boleh buat tau.

Rasa lemak masin dari santan dan pedas cili api sesuai sangat makan dengan nasi putih yang panas. Tak percaya? Cubalah, gerenti jatuh cinta dengan resipi ni.

Cara Masak Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 15 biji cili api (boleh lebihkan kalau nak lagi pedas)
  • 2 inci kunyit hidup

Bahan-bahan untuk masak lemak:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai, diketuk atau dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk santan pekat

Cara-cara menyediakan masak lemak cili api:

  1. Kisar cili api bersama kunyit hidup.
  2. Masak ayam didalam kuali tanpa minyak.
  3. Masukkan bahan kisar tadi dan masak sehingga ayam menjadi kecut.
  4. Keluarkan ayam dan masukkan santan cair.
  5. Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan santan pekat, asam gelugur dan garam secukup rasa.
  7. Gaulkan sehingga mendidih.

Baca juga: Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Kalah Kedai Tau. Bukan Sahaja Sedap Malah Membuatnya Juga Tak Terlalu Rumit!

tags: