Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Gerenti Sedap! Betul-Betul Rasa Macam Kenduri Kahwin Dekat Kampung

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri Gerenti Sedap! Betul-Betul Rasa Macam Kenduri Kahwin Dekat Kampung

Kategori:

Sebut saja kenduri, pasti ramai yang terbayang akan hidangan ayam masak merah yang disediakan. Rasanya yang enak cukup memikat selera sesiapa sahaja.

Menu ayam special ini bukan sesuai dijadikan santapan untuk hari istimewa sahaja tetapi hari biasa pun boleh juga ya.

Kalau masak sendiri lagi terasa kepuasannya. Yang biasa pun boleh jadi luar biasa tau. Jom kita layan resepi lengkap di bawah.

Cara Buat Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Bahan-bahan:

Bahan Kisar:

  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 20 biji cili kering (lebihkan jika anda suka pedas)

Bahan-bahan untuk masak Ayam:

  • 1/2 biji bawang merah, hiris nipis untuk tumisan minyak
  • 1 ekor ayam sedikit garam sedikit serbuk kunyit
  • 2-3 tangkai daun kari gula melaka secukupnya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa garam secukup rasa
  • 1 biji bawang, hiris membulat
  • hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah

Cara penyediaan:

  1. Kisar halia, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan bawang besar sehingga halus.
  2. Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.
  4. Tumis bawang besar dan daun kari menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi.
  5. Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  6. Tambahkan sedikit gula melaka dan sos tiram.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama serbuk secukup rasa dan air asam jawa.
  8. Kacau sehingga masak.

Baca juga: Cara Buat Sambal Kelantan Sedap Menjilat Jari, Resipi Turun Temurun Dari Orang Dulu-Dulu!

 

tags: