Ayam Masak Tomato Puri adalah antara menu kesukaan anak-anak. Mak-mak pasti suka masak masakan kegemaran anak-anak mereka. Di hujung minggu, jika mak sediakan menu ini pasti anak-anak melompat keriangan sambil tidak sabar menunggu untuk makan. Akan asyik mengintai ke dapur je. Tidak kurangnya suami pun begitu. Hebatnya penangan Ayam Masak Tomato Puri ini. Jom kita ikut resepinya.

Bahan-bahan:

  • Ayam Bulat (Saiz Sederhana)
  • 1/2 Tin Susu Cair (Evaporated Milk)
  • 1 Tin Kecil Tomato Puri
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Perencah Stok Ayam
  • Bawang Besar
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Sos Cili
  • Air
  • Minyak

Cara-cara:

  1. Ayam dibasuh bersih dan toskan. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Goreng ayam. Jangan goreng terlalu garing nanti ayam akan menjadi keras dan kurang juicy.
  3. Kisar bawang merah, halia dan bawang besar.
  4. Tumis bahan kisar selama 15 minit sehingga wangi dengan api perlahan.
  5. Seterusnya tambah tomato puri dan sos cili, masak sehingga pecah minyak.
  6. Kemudian masukkan susu cair,gula, garam dan stok ayam.
  7. Kacau dan masak sehingga pekat.
  8. Akhir sekali, masukkan ayam.

Kredit : Ani’s Home Recipe

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1 times!)