Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ayam Pedas Nyonya, Menu Terbaharu Dari KFC Yang Dilengkapi Dengan Rasa Masam, Manis Dan Pedas Yang Cukup Menyelerakan!

Ayam Pedas Nyonya, Menu Terbaharu Dari KFC Yang Dilengkapi Dengan Rasa Masam, Manis Dan Pedas Yang Cukup Menyelerakan!

Kategori:
menu baharu KFC Ayam Pedas Nyonya

Berita baik untuk peminat KFC! Setiap bulan pasti pihak KFC ada mengeluarkan menu baharu, kali ini pula KFC ada mengeluarkan menu baharu yang nyatanya cukup mengiurkan. Dilengkapi dengan rasa masam, manis dan pedas itulah Ayam Pedas Nyonya.

Memandangkan Malaysia kaya dengan tradisi makanan yang beraroma menarik dan unik jadi pihak KFC keluarkan menu terbaharu yang unik ini untuk waktu yang terhad sahaja. Bunyi macam menarik je ni.

KFC Ayam Pedas Nyonya diinspirasikan dari makanan Nyonya

KFC Ayam Pedas Nyonya ini menampilkan bahan masakan Nyonya seperti bunga kantan, serai, limau purut dan bawang merah. KFC Ayam Pedas Nyonya kali ini akan menyuntik rasa yang tersendiri. Korang akan dapat rasai sendiri masam, manis dan pedasnya dalam setiap gigitan.

KFC Ayam Pedas Nyonya ini diinspirasikan daripada makanan Nyonya yang terkenal dengan penyediaan masakannya yang begitu rumit, teliti dan penuh seni. Dan menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling menu baharu ini tidak akan mengecewakan korang!

Boleh dapatkan dalam 3 pilihan

Korang boleh dapatkan Ayam Pedas Nyonya ini mulai hari ini di restoran KFC seluruh negara. Bermula dengan RM15.99, korang boleh dapatkan hidangan yang sedap ini dalam 3 pilihan iaitu Kombo 2 ketul, kombo 3 ketul dan box meal.

Kombo 2 ketul

Kombo 3 ketul

Box meal

Tampak sungguh menyelerakan dan mengiurkan kan? Jadi tunggu apa lagi tu. Jom serbu restoran KFC yang berhampiran dengan korang sekarang juga. Tapi kalau nak lebih selamat, pantas dan mudah korang boleh guna KFC Delivery, Self Collect atau pun pandu lalu.

tags: | |