Industri ternakan ayam merupakan salah satu jenis industri ternakan yang berskala besar di dunia. Ayam juga merupakan jenis daging yang dimakan oleh rata-rata masyarakat asia. Yang paling terkenal adalah Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dipasarkan di seluruh dunia.
Terdapat pelbagai jenis sistem penternakan ayam. Ia dipilih penternak berdasarkan tujuan dan kawasan ternakan itu sendiri. Ayam yang molek biasanya kelihatan organik dan lebih sihat, bergantung kepada penjagaan.
Terbaharu, menurut Sinar Harian, sebuah komuniti penternakan di Lampang, Utara Thailand menyediakan ganja sebagai makanan untuk ayam ternakan mereka. Ia selepas didakwa dapat meningkatkan kualiti daging dan telur.
Presiden Perusahan Komunii Peth Lanna, Sirin Chaemthet memaklumkan eksprimen tersebut dijalankan dengan kerjasama Fakulti Pertanian di Universiti Chiang Mai. Dia mendakwa petani memilih ganja sebagai makanan gantian ayam selepas ternakan mereka dijangkiti ‘avian bronchitis’ walaupun telah disuntik antiobiotik.
“Kesan ganja lebih baik berbanding antibiotik. Tahap imuniti ayam ternakan untuk melawan penyakit juga meningkat selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk,”jelasnya.
Menurut perusahaan berkenaan, pihaknya telah menjual daging ayam dan telur pada harga 100 baht (RM12) sekilo dan 6 baht (80sen) untuk setiap satu produk tersebut menerusi laman web mereka.
Presiden Sirin juga menjelaskan nasi ayam yang dimasak daripada ayam diberi makan ganja menerima respons yang positif daripada kebanyakan pembeli.
“Kami merancang untuk menjual ayam panggang pula pada masa akan datang. Produk ini mendapat permintaan tinggi dalam agensi kalangan pengguna yang mahu makanan organik dan sihat,”tambahnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Presiden Majlis Peladang Kebangsaan, Prapat Panyachatrak berkata, penggunaan antibiotik pada ayam boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti menurunkan imuniti dan menyebabkan alahan.
“Memberi ayam makan makanan berasakan ganja bukan saja dapat memastikan kesihatan pengguna terpelihara malah meningkatkan nilai komersial produk,”katanya.
Kajian ini mungkin dijalankan kerana Thailand sudah membenarkan penanaman ganja dan penggunaannya dalam makanan dan minuman pada 9 Jun 2020.
Sekaligus menjadi negara Asia pertama berbuat demikian dengan tujuan meningkatkan sektor pertanian (seperti daging ayam ini) dan juga pelancongan.
Sumber: Sinar Harian
Baca juga: GSC Disaman RM45 Ribu Kerana Jual Air Mineral RM3.30, Mister Potato RM5