Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Baby Nanas Mempunyai Bahan Kimia Penyebab Kanser? Baca Penjelasan Ahli Kimia Ini…

Baby Nanas Mempunyai Bahan Kimia Penyebab Kanser? Baca Penjelasan Ahli Kimia Ini…

Kategori: ,
Baby Nanas

Pernah viral satu ketika dahulu yang menyatakan baby nanas dari Thailand ini tidak elok dimakan kerana mempunyai kandungan bahan kimia siklamat yang tinggi dan juga dikatakan beracun yang boleh menjadi penyebab kepada kanser.

Namun, adakah betul seperti yang diperkatakan itu? Tidak dinafikan, ramai yang suka memakan baby nanas ini kerana rasanya yang manis. Jom baca jawapan kepada persoalan yang mungkin sering bermain difikiran oleh Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang pakar kimia.

Betul ke Baby Nanas Mempunyai Bahan Kimia Penyebab Kanser?

Merujuk kepada ss pertanyaan ahli MaMa yang bertanya mengenai Baby Nanas dari Thailand yang didakwa mengandungi bahan kimia pemanis siklamat dan beracun.

Tahap Kemanisan Saklimat 30-40 Kali Lebih Tinggi Dari Gula Putih

Siklamat merupakan sejenis pemanis tiruan tanpa zat (artificial sweetener) berkod 952 yang mempunyai tahap kemanisan 30-50 kali lebih dari gula putih aka sukrosa. Siklamat biasanya digunakan bersama dengan pemanis lain seperti saccharin (bernisbah 10:1) untuk mendapatkan rasa manis yang optimum dan harganya juga murah.

Sebenarnya siklamat juga ada digunakan untuk mengurangkan rasa pahit pada sesetengah ubat seperti antibiotik. Dan oleh kerana struktur molekul yang stabil pada suhu tinggi, siklamat juga dijadikan pemanis di dalam masakan, pembuatan kek dan pastri.

Siklamat beracun?

Dapatan kajian pada tahun 1966 menunjukkan sesetengah bakteria di dalam usus besar boleh menukarkan siklamat kepada bahan kimia toksin cyclohexylamine. Kajian-kajian lain pula melaporkan siklamat dan persediaannya juga berpotensi menyebabkan kanser. Pun begitu, sehingga kini, isu siklamat penyebab kanser masih lagi kontraversi.

Walaupun Kesatuan Europah (European Union) masih lagi mengkategorikan siklamat adalah selamat, namun atas dasar mementingkan keselamatan pengguna, siklamat telah diharamkan di Amerika Syarikat dan di kebanyakkan negara lain. Dan di Malaysia, Peraturan-peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan siklamat dalam buah-buahan segar termasuk yang telah dikupas atau sedia dimakan.

 

Sumber: Dr. Fatimah Salim

tags: |