Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Nak Buang Angin & Pecahkan Lemak? Rebus & Minum Air Campuran Bahan Semulajadi Ini

Nak Buang Angin & Pecahkan Lemak? Rebus & Minum Air Campuran Bahan Semulajadi Ini

Kategori: ,
petua hilangkan badan berangin

Badan selalu berangin dan dah cuba macam-macam tapi angin dalam badan masih juga berangin. Bila badan berangin pasti berasa kurang selesa kan? Sendawa tak henti, perut pula kembung semacam je. Nak tidur pun rasa kurang nyenyak. Kadang-kadang tak boleh tidur langsung.

Jadi bagi mengurangkan masalah badan berangin ini, mungkin anda yang mengalami masalah sebegini boleh menggunakan petua yang dikongsikan oleh Nyd Za ini. Petua ini bukan sahaja boleh membuang angin dalam badan malah ianya juga dapat pecahkan lemak dan mempunyai pelbagai kebaikan.

Air Minuman Semulajadi Untuk Kesihatan Dalaman

Bahan-bahan:

  • 2 ibu jari halia | hiris kasar-kasar
  • 1 ibu jari kunyit hidup
  • 2 batang serai | besar
  • 4 helai daun pandan
  • Madu
  • 3-4 gelas air

Nota: Nak letak sireh pun boleh. Ini tak letak sebab tiada sireh dekat rumah. Boleh letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan-bahan di atas dalam periuk. Renehkan dengan api yang kecil. Biarkan sampai mendidih dalam 15-20 minit.
  2. Siap. Apabila dah sejuk dan nak minum, campurkan 1 sudu kecil madu atau ikut je tahap kemanisan yang anda suka.

Cara minum:

Minum 1 gelas (suam). Lepas tu tutup kipas dalam 5-10 minit. Biar badan tu rasa panas dan berpeluh sikit. Jangan off lama-lama sangat. Kalau tak selesa boleh je ikut cara masing-masing.

Kebaikan air rebusan bahan campuran ini

  • Bersihkan rahim
  • Buang angin
  • Pecahkan lemak
  • Naikkan seri muka
  • Mengurangkan sengugut

Jadi bagi anda yang mempunyai pelbagai masalah atau penyakit yang boleh menganggu kehidupan seharian seperti badan berangin. Mungkin anda boleh rebus dan minum air campuran bahan semulajadi di atas ini. InshaAllah menjadi.

Namun nasihat kami, sekiranya penyakit yang anda alami masih lagi berlarutan, jangan lupa untuk dapatkan nasihat doktor ya.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nyd Za

Baca juga: Khasiat Air Akar Pegaga Yang Ramai Tak Tahu, Sangat Bagus Untuk Wanita Dalam Pantang!

tags: | | |