Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Bagi Bawang Putih Kedai Eco RM2 Sebagai Hadiah Kahwin, Gelagat Keluarga Pengantin Di Acara Pembahagian Hadiah Buat Netizen Inginkan Keluarga Sporting

Bagi Bawang Putih Kedai Eco RM2 Sebagai Hadiah Kahwin, Gelagat Keluarga Pengantin Di Acara Pembahagian Hadiah Buat Netizen Inginkan Keluarga Sporting

Kategori:

Dapat kita saksikan bahawa sekarang adalah musim kahwin kerana cuti sekolah selama sebulan. Setiap hari akan ada acara perkahwinan di mana mana sahaja.

Namun acara malam selepas pernikahan bagi sesebuah keluarga adalah yang dinantikan. Ada yang buat acara buka hadiah dan juga ada acara pembahagian hadiah dari ahli keluarga. Seperti video ini, ada ahli keluarga yang memberikan bawang putih kedai Eco RM2.

Bagi Bawang Putih Kedai Eco RM2 Sebagai Hadiah Kahwin, Gelagat Keluarga Pengantin Di Acara Pembahagian Hadiah Buat Netizen Inginkan Keluarga Sporting

Video ini dikongsikan oleh iekakadir di TikTok media sosial beliau, menunjukkan aksi keluarga beliau yang masuk air dan sporting. Keluarga beliau ini mungkin menjadi idaman bagi seseorang yang ‘introvert’, yang inginkan gurau mesra seperti keluarga beliau.

Acara pembahagian hadiah tersebut adalah hadiahnya wajib dari kedai Eco RM2.20. Sampaikan ada di antara mereka memberi bawang putih.

bawang putih kedai Eco

Bukan setakat bawang putih sahaja, malah ada hanger, bola plastik, berus jamban, penyapu, botol susu dan banyak lagi.

Tidak kering gusi mereka gelak melihat gelagat masing masing yang mempunyai gaya yang tersendiri semasa memberikan hadiah kepada kedua mempelai tersebut.

bawang putih kedai Eco

Mungkin acara sebegini boleh ditiru kepada bakal pengantin nanti, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Ia juga akan menjadi kenangan sehingga ke anak cucu, dan mungkin menjadi tradisi kepada sesebuah keluarga.

@iekakadir

Acara bg hadiah murah2 dkt pengantin. Saje buat fun2. Haha. Kazen2 semua sejenis masuk ayor memasing. 😆😆 #kendurikahwin #wedding #family #fyp

♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

@iekakadir Acara bg hadiah murah2 dkt pengantin. Saje buat fun2. Haha. Kazen2 semua sejenis masuk ayor memasing. 😆😆 #kendurikahwin #wedding #family #fyp ♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

Complete Dah Barang Rumah Pengantin

Menjengah di ruangan komen, semestinyalah netizen mencuit hati melihat gelagat keluarga pengantin tersebut. Mereka mengatakan, yang penting biar semua happy dengan acara tersebut.

“Sukanya kan jenis 1 kepala.”, komen Fida Fida mengatakan bahawa keluarga akan meriah jika semua yang jenis satu kepala dan sepakat.

bawang putih kedai Eco bawang putih kedai Eco bawang putih kedai Eco

Semoga keluarga pengantin ini, dirahmati selalu dan bahagia sehingga ke anak cucu. Boleh dijadikan sebagai kenangan kepada hari tua mereka nanti.

Inshaallah.

Kredit: iekakadir

Baca Juga: Cara Perap Ayam Goreng Biar Lagi Wangi & Sedap, Letak Bawang Putih & Bahan Ini Baru Ada Rasa Kelainan

tags: | |