Pernahkah anda melihat orang memberi makanan kepada ikan laut atau kita panggil ikan yang hidup di dalam air masin ini? Jika anda boleh memvisualisasikan, perlu diperhatikan bahawa ia spesis yang terbiasa hidup dalam air masin.
Hal ini menyebabkan, mereka menunjukkan cara hidup dan gaya pemakanan yang sangat berbeza daripada ikan di persekitaran lain. Ikan di sungai misalnya.
Terbaharu, seorang pekerja offshore mencuri perhatian netizen di TikTok apabila dia berkongsi satu video yang menunjukkan dia memberi makanan berupa nasi yang disajikan bersama sup ekor dan udang masak merah kepada ikan laut.
Pada hantaran video itu dia menulis, “breakfast bagi lauk sedap sikit, sup ekor dengan udang masak merah,” di hantaran video berkenaan yang berunsur jenaka. Posting itu mendapat lebih ribuan ratus ribu view kerana netizen menganggap hal itu sebagai pelik dan jarang berlaku.
Selepas dia membuang makanan itu di laut, kelihatan sekawan ikan laut berkumpul dan mengemuruni nasi dan lauk yang diberi oleh pemuda terbabit.
@fakhrulkhuzairi breakfast bagi lauk sedap sikit , sup ekor dgn udang masak merah 😂 #offshore #offshorelife #fyp
@fakhrulkhuzairi breakfast bagi lauk sedap sikit , sup ekor dgn udang masak merah 😂 #offshore #offshorelife #fyp ♬ DJ PREMINIM Dash Uciha DJ WISNU UGIL – SAYANGSKALIi
Melihat kepada ruangan komen, seorang pengguna TikTok bertanya, “kalau ikan tu sakit perut makan pedas macam mana?”, katanya dalam unsur lawak. Bersama itu, ada beberapa pengguna lain membalas komennya dengan menulis “takpa dalam tu ada farmasi,”.
Dalam perkembangan yang sama, ada juga netizen yang menganggap hal itu sebagai satu pembaziran. Ada yang memberi pendapat, selalunya orang hanya bagi sisa makanan kepada ikan, bukan makanan yang masih elok disusun dan dimakan.
Mengambil beberapa komen, @kenzo menyatakan “sekarang krisis makanan” dan @tokcaiy juga berkata “tahu la makan mewah bang atas tu… jangan lah buat macam tu.. selalu orang buang sisa makanan dah lah..”jelasnya di ruangan komen.
Kesimpulannya, ramai yang memberi pandangan yang bermacam pendapat. Ada yang kata membazir, ada yang kata ia tidak baik kepada ikan dan ada juga yang memberi pendapat hal itu boleh berlaku pencemaran.
Mungkin ia perlu berbalik kepada fakta dan niat pemberi terbabit.
Sumber: fakhrulkhuzairi
Baca juga: Harga Roti Canai Dijangka Meningkat Kerana Tepung Gandum Lebih Mahal