Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Sebab Kenapa BAHAYA Balut Makanan Guna Surat Khabar Walaupun Sudah ‘Berlapik’ Plastik

Ini Sebab Kenapa BAHAYA Balut Makanan Guna Surat Khabar Walaupun Sudah ‘Berlapik’ Plastik

Kategori: ,
Surat Khabar

Masih ada lagi penjual makanan menggunakan surat khabar untuk dijadikan sebagai pembalut makanan yang bersentuhan secara langsung dengan makanan. Tujuannya dikatakan adalah untuk menutup atau menyerap minyak daripada makanan. Rupanya masih ramai yang belum tahu bahaya balut makanan guna surat khabar.

Malahan di dalam kalangan masyarakat di rumah sendiri pun masih ada yang menapis minyak daripada makanan bergoreng menggunakan surat khabar.

Bahaya walaupun sudah dilapik plastik (lutsinar)

Bahaya sebenarnya menggunakan surat khabar sebagai pelapik sebenarnya walaupun ia sudah dilapik dengan plastik. Hal ini kerana pencemaran silang masih boleh berlaku melalui tangan mengendali makanan yang sebelum itu menyentuh surat khabar kemudiannya menyentuh makanan.

Pencemaran juga boleh berlaku melalui pembeli itu sendiri. Semestinya sebelum makan, pembeli akan menyentuh surat khabar untuk membukanya sebelum makan, betul tak?

Surat khabar mengandungi bahan kimia seperti:

  • Karbon
  • Logam berat
  • Pelarut

Apabila minyak yang diserap oleh surat khabar akan melarut dakwat dan seterusnya akan menyerap ke dalam makanan. Selain dari cemaran kimia, adakah kita pasti sumber surat khabar tersebut? Adakah ianya pernah diletakkan di lantai yang kotor Semestinya kita tidak tahu.

Tahukah anda, terdapat undang-undang yang mengawal kebersihan makanan. Di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, pengendali makanan perlulah menyediakan, membungkus atau menghidang makanan untuk dijual dengan memastikan penyediaan, pembungkusan atau penghidangan makanan bebas daripada apa-apa pencemaran.

Jika gagal pengendali boleh dipenalti tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun. Jom beralih daripada pembungkusan surat khabar kepada pembungkusan yang lebih selamat dan bersih.

Sumber: Public Health Malaysia

 

 

tags: |