Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Pakar Kimia Dedah BAHAYA Masak Guna Sudip Warna Hitam! Ini Sebabnya…

Pakar Kimia Dedah BAHAYA Masak Guna Sudip Warna Hitam! Ini Sebabnya…

Kategori: ,,
sudip warna hitam

Lambakan peralatan memasak yang dijual di pasaraya dan juga di laman sosial kadangkala membuatkan kita menjadi rambang mata, betul tak? Ada sesetengahnya dijual dengan harga yang mahal sehingga mencecah ratusan ringgit kerana berkualiti tinggi dan ada juga yang dijual dengan harga yang murah.

Namun, pilihan manakah yang terbaik? Pengguna harus mengambil berat soal keselamatan peralatan memasak kerana kadangkala kita tidak menyedari bahawa ianya tidak selamat untuk digunakan.

Bagaimana hendak memilih peralatan memasak yang elok?

Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim, perkakasan memasak seperti senduk dan sudip berwarna hitam boleh memudaratkan kesihatan kerana ianya diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.

Masih keliru? Jangan lupa baca perkogsian ini sehingga habis.

Merujuk kepada persoalan, biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA). Namun isunya timbul apabila barangan plastik hitam ini dikitar semula. Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.

Potensi kebocoran bahan kimia ke dalam makanan

Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius.

Elakkan penggunaan sudip warna hitam pada suhu yang hampir mendidih

Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut. Maka ELAKKAN penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang hampir mendidih.

Gunakan senduk yang lebih selamat

Sebagai alternatif, boleh gantikan dengan senduk yang lebih selamat yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik. Bergantung kepada kombinasi bahan binaan, senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak.

Kredit: Dr Fatimah Salim

 

tags: |