Rata-rata rakyat Malaysia, ramai yang terpengaruh dengan produk yang dipromosikan oleh artis tempatan. Tak kira dari segi makanan, minuman, produk kecantikan atau apa-apa sahaja. Tidak salah jika produk itu tidak membahayakan kesihatan, namun amat bahaya jika ramai yang terpengaruh dengan produk kurus yang mampu mengancam nyawa seseorang kerana mahu kurus dengan cepat dan cara yang tidak selamat.
Baru-baru ini, Public Health Malaysia berkongsikan produk minuman pelangsingan badan yang telah diharamkan pada tahun 2019. Namun, pengeluar produk ini telah membuat taktik repacking wajah produk tersebut kepada wajah baharu.
Ikuti perkongsian oleh Public Health Malaysia dibawah:
Wajah Baru, RACUN Yang Sama. Helah repack produk haram tumpas. Perhatian rakyat Malaysia, sampai bila kita harus ditipu?’
Badan Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) telah membongkar satu helah licik produk pelangsingan badan yang telah diharamkan sebelum ini.
Produk yang dikesan mengandungi racun berjadual Sibutramine ini telah menukar nama dan rekabentuk luaran produk tetapi sebenarnya masih mengandungi racun yang sama.
HSA dalam kenyataan rasmi pada 6 Ogos 2020 telah mengingatkan masyarakat untuk menghentikan pengambilan produk beracun ini serta merta.
Sebelum ini, produk ini dipasarkan sebagai Chocho Fit sebeluk diharamkan penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Nama produk terkini yang dipasarkan adalah Coco Curv. Taktik repacking ini adalah taktik biasa yang dilakukan oleh pengeluar produk tidak bertanggungjawab.
Kesan pengambilan produk ini boleh menyebabkan jantung berdebar, risiko strok dan serangan jantung. Lebih membimbangkan ia menyebabkan risiko gangguan emosi dan keinginan untuk bunuh diri.