Rata-rata kini wajib ada kuali non-stick di setiap dapur. Memang banyak kegunaan kuali ini selain memudahkan kerja-kerja memasak. Kuali non-stick ini juga boleh menjimatkan penggunaan minyak semasa memasak dan mudah untuk dibersihkan.
Memang tak dinafikan banyak kegunaan kuali non-stick ni. Tapi apa yang perlu anda tahu adalah ia akan memberikan kesan bahaya jika disalah guna. Jika kuali non-stick anda sudah tercalar, ia sudah tidak diselamat untuk digunakan. Lebih baik buang sahaja.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, da bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar.
Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita.
Atau bolehlah bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak. Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru.
Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
Kita sendiri perlu bertanggungjawab dalam menjaga kuali non-stick agar tidak tercalar. Beli mahal-mahal, rugi kalau tak guna dengan betul.
Kredit: Hadihaizil Din