Kebersihan dan kekemasan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam aktiviti memasak, menjual dan sebagainya. Ia merupakan asas yang sangat penting bagi sesuatu perniagaan makanan. Begitu juga dalam Islam, kebersihan amat dititik beratkan. Maklumlah, makanan tersebut akan dibeli dan dimakan oleh ramai orang.
Jika kedai kotor, pastinya makanan yang diperbuat di kedai tersebut berpotensi untuk tercemar dan ianya juga akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan pelanggan yang membeli. Manakala persekitaran yang bersih juga amat penting bagi menjamin kehidupan yang sihat dan bahagia.
Baru-baru ini dunia sosial heboh berkenaan dengan keadaan sebuah kedai roti di Kuching. Keadaan kedai tersebut memang menjijikan. Ovennya yang berkarat umpama tak pernah di cuci, keadaan kedai yang bersepah. Kalau tengok dalam gambar pun dah rasa geli, apatah lagi tengok depan mata.
Melalui gambar yang dimuat naik, keadaan kedai bakeri tersebut sememangnya sangat kotor dan tidak bersih. Lebih mengejutkan, peralatan yang digunakan untuk membakar dan membuat roti serta kek didapati tidak dicuci. Bahkan, acuan serta peralatan tersebut dibiarkan dengan sisa tepung atau bahan pembuatan sehingga berkerak.
Menerusi kiriman seorang pengguna Facebook, sebuah bakeri di kawasan Batu Kawa, Kuching itu di arah untuk tutup berikutan keadaan bakeri berkenaan yang sangat kotor dan menjijikkan. Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh KKM pada 29 Julai 2020 yang lalu dan diarahkan untuk tutup selama 14 hari sehingga 12 Ogos 2020.
Tetapi rata-rata netizen beranggapan bahawa arahan tersebut tidak cukup. Sepatutnya bakeri itu wajar di tutup terus atau di tutup sampai dibersihkan sepenuhnya.
Jadi andai nilai lah sendiri macam mana keadaanya. Mungkin masih banyak lagi bakeri atau kedai diluar sana yang tak mengambil kisah berkenaan kebersihan ini. Jadi berhati-hatilah, jadilah pengguna atau pelanggan yang bijak!
Sumber: Sabah Edition