Sebagai ibu-bapa, kepentingan anak-anak membesar memang dititkberatkan. Walaupun sesibuk mana ibu-bapa bekerja, memang anak-anak tidak dapat diabaikan kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar.
Tambahan lagi, apabila anak masih kecil dan mahukan perhatian lebih, ia adalah tempoh di mana ibu bapa memang memberikan jagaan dan perhatian sepenuhnya. Menjaga anak kecil, memberi minum susu dan makan serta hal yang berkait.
Terbaharu, tular satu video di TikTok apabila netizen terkejut melihat satu perkongisian video oleh @nizadafani. Video itu menunjukkan seorang bapa sedang membancuh susu sambil keretanya sedang bergerak di atas jalan raya.
Kedengaran anaknya sedang menangis dipercayai lapar meminta susu. Menerusi perkongsian video itu juga, pemilik video berkata, suaminya lagi mahir membuat susu kerana mampu membancuh semasa memandu.
“Anak nangis nak susu, daddy kalut buat susu sampai terllupa tengah drive. Daddy lagi pakar buat susu anak sambil drive,” jelasnya untuk keterangan video berkenaan.
Netizen yang menonton pada awal klip video terbabit merasa marah dan terkejut kerana aksi dan tindakan bancuh susu anak sambil drive memang berbahaya kepada diri dan keluarga.
Tetapi, hal itu bertukar apabila sampai di penghujung klip video, rupa-rupanya kereta mereka sedang di-towing oleh lori. Bapa dan suami berkenaan tidak memandu kereta terbabit sebaliknya kereta sedang berada di atas lori. Ia hanyalah satu video berunsur lawak dan jenaka. Memang netizen terkejut habis.
@nizadafani daddy lagi pakar buat susu anak sambil drive.
@nizadafanidaddy lagi pakar buat susu anak sambil drive.♬ bunyi asal – Niza Dafani
Meninjau ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram tetapi sehabis menonton video terbabit, ia merupakan suatu perkara yang lawak.
Mengambil salah satu komen netizen bernama @lea.nashar berkata, “baru nak cakap berhenti dulu bahaya, mmm rupa-rupanya,” komennya dengan berseloroh.
Selain itu, seorang lagi netizen berkata, nasib baiklah dia melihat dulu video penuh berkenaan sebelum mamarahi tindakan bahaya itu.
“Nasib aku tengok sampai habis. Tidak tak pasal-pasal aku maki,” tulis @fitrifitriiah659 dalam ruangan komen berkenaan.
Kesimpulannya, pentingnya di sini melihat sesuatu konten sampai habis. Macam baca berita juga. Kadang-kadang memang headline agak keliru dan harruslah mendapatkan informasi selebihnya di dalam perenggan berita.
Kadang-kadang, kita perlukan juga video lawak sebegini untuk hiburan kan? Tapi apa yang penting, jangan sesekali buat aksi ini kalau tengah drive betul-betul! Pandulah dengan selamat untuk kita dan orang tersayang!
Sumber: nizadafani
Baca juga: Rider Foodpanda Cancel Order Lepas Dapat Pesanan Arak, Yakin Rezeki Tuhan Luas