Banjir yang berlaku di Shah Alam dan kawasan sekitar sejak Jumaat yang lalu telah menghebohkan rakyat Malaysia. Mana tidaknya selama ini kawasan tersebut tidak pernah mengalami banjir yang besar sebegini rupa. Memandangkan negeri tersebut padat dengan penduduk nampaknya ramai yang terkesan.
Apabila banjir tiba-tiba dan air naik dengan cepat sekali pasti ia akan menimbulkan huru hara dalam kalangan penduduk yang terperangkap. Bukan sahaja terpaksa hidup dalam keadaan yang gelap kerana ada kawasan tertentu yang sudah dihentikan aliran elektrik oleh pihak TNB. Pasti mereka juga kelaparan.
Keadaan sejuk dan perut terasa lapar, tiada bekalan makanan membuatkan ramai dalam kalangan mangsa sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup. Seperti mana yang dikongsikan oleh Suza di aplikasi TikTok berkenaan dengan mangsa banjir yang telah pecah masuk ke dalam Speedmart.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat ramai dari kalangan penduduk setempat yang mengharung air yang pada ketika itu berada di paras pinggang. Apa lagi yang boleh mereka lakukan selain dari mencari makanan atau mana-mana keperluan di Speedmart berkenaan. Selama 2 hari berada dalam keadaan memeritkan, pasti ini jalan terakhir yang terpaksa mereka lakukan.
https://www.tiktok.com/@suza.isk/video/7043634244895182106?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@suza.iskkesian diorg kelaparan..spi pecah speedmart…🥺##banjir2021 ##banjir ##prayformalaysia ##🇲🇾♬ original sound – 💠SUZA💠
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan situasi dari warga TikTok. Ada yang menasihati jangan kata mereka mencuri, mungkin mereka terpaksa melakukannya. Siapa sahaja yang sanggup melihat keadaan anak-anak kelaparan ditambah lagi dengan keadaan yang sejuk.
Bukan itu sahaja, ada juga yang berasa kasihan melihat situasi tersebut. Tidak kurang juga ada yang menasihatkan agar yang mengambil keperluan atau barangan dari kedai berkenaan membayar balik setelah keadaan sudah reda.
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat bercerita mengenai kejadian banjir yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 2014. Di mana pasar-pasar hampir dipecahkan bagi mengambil makanan namun dicegah oleh Iman Bandar.
Ya, mungkin bukan niat mereka untuk memecah masuk. Namun apabila berada di situasi sebegini rupa, pasti mereka akan sanggup melakukan apa sahaja mengenangkan nasib orang tersayang yang kelaparan. Apa yang kami boleh nasihatkan adalah catat atau ingat semua barangan yang diambil dan bayar kembali apabila keadaan sudah reda. Sebab apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging kita, anak-anak kita dan keluarga kita tau.
Kredit: TikTok SUZA