
Penyaluran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bermula 1 April lalu disambut baik oleh penerima terutamanya golongan berpendapatan rendah dan penerima baharu.
Rata-rata penerima menyifatkan inisiatif Kerajaan MADANI itu membantu meringankan beban kos sara hidup, perbelanjaan harian khususnya selepas sambutan Aidilfitri.
Berdasarkan laporan yang dilaporkan Berita RTM, penerima baharu, Hafizi Zainudin berkata, bantuan yang diterima amat membantu selepas perbelanjaan besar dilakukan pada hari raya.
“Bagi saya, ini sangat membantu. Selepas perbelanjaan banyak sebelum raya, bantuan ini membantu dari segi barangan dapur untuk kegunaan selepas raya,” katanya kepada RTM baru-baru ini.
Bagi Ahmad Syukri Ahmad Bashah pula, ini adalah kali pertama beliau menerima bantuan SARA dan menyifatkannya sebagai sangat relevan untuk menyokong keperluan harian golongan B40.
“Bantuan SARA ini memang diperlukan, dan dengan jumlah yang diberikan, kami dapat beli barangan asas,” ujarnya.
Sementara itu, Syahrain berkata, bantuan yang diterima lebih daripada mencukupi bagi menampung keperluan isi rumahnya.
“Saya gunakan wang tunai untuk barang peribadi, manakala bantuan ini banyak membantu bagi beli barang-barang kering seperti sabun, beras dan makanan asas,” katanya.
Sebelum ini, bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan telah dikreditkan ke dalam MyKad penerima dari Januari hingga Mac 2025.
Jumlah itu kemudian dinaikkan kepada RM200 sebulan bermula 1 April, membabitkan seramai 5.4 juta penerima di seluruh negara.
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut tentang SARA, boleh klik di sini.
Sumber: RTM & SARA