Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Awak Majuk Ke Tengah Sembahyang?” Bapa Bebel, Anak Merajuk Sebab Tak Bagi Makan…

“Awak Majuk Ke Tengah Sembahyang?” Bapa Bebel, Anak Merajuk Sebab Tak Bagi Makan…

Kategori:
anak merajuk

Biasanya kalau bab membebel ini sering dikaitkan dengan kaum hawa. Tak kiralah dalam apa perkara sekalipun, pasti ada sahaja yang nak dibebelkan. Yang menjadi mangsa selalunya suami atau anak.

Namun, sebaliknya pula yang berlaku dalam kisah dalam satu video perkongsian oleh pelakon, Fikry Ibrahim di laman sosial Twitter.

Menerusi video tersebut, kelihatan gelagat si bapa sedang menjamu selera sambil mulutnya membebel kepada anaknya yang sedang berdiri di sebelah dengan mimik muka yang masak, mulut muncung ke depan sambil memeluk badan dengan kedua belah tangannya.

Merajuk pulak

“Papa tegur awak sebab papa sayang, tak bolehlah macam ni tegur sikit merajuk. Tegur sikit merajuk. Dah daging tu keras, awak punya gigi dua batang depan tu dah hilang.

Lagi awak nak mengunyah. Awak mengunyah pun tak betul lagi lepas tu awak nak makan daging macam orang besar,” bebel si bapa.

Si bapa membebel bersebab rupanya kerana tidak membenarkan anaknya makan daging. Namun, si anak tetap berdegil mahu makan daging dan merajuk apabila dilarang.

“Awak dah 2 tahun, matang lah sikit,” ujar si bapa. Tidak salah tindakan si bapa membebel itu kerana risau untuk memberi makan daging kepada anaknya yang masih kecil.

“Awak tengah merajuk ke sembahyang?” tanya si bapa.

Apa yang lebih mencuit hati netizen adalah ketika si bapa bertanya kepada anaknya sama ada sedang merajuk atau sembahyang kerana gayanya yang memeluk badan seolah-olah sedang sembahyang.

Netizen Turut Terhibur Dengan Gelagat Comel Budak Ini!

https://twitter.com/pheobehowel/status/1361857930824351749

https://twitter.com/kyliaaaaaaaaaa/status/1361679144887615493

https://twitter.com/ajilee_ajimon/status/1361851500121649152

Sumber: @AfikryAibrahim

tags: |