Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk memutuskan rantaian Covid-19, pasti ada yang mengalami kesempitan dan kesulitan berikutan terpaksa duduk di rumah dan tiada pendapatan lagi-lagi orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pasti ada dalam kalangan kita yang sangat terkesan sehingga terpaksa tebalkan muka untuk meminta bantuan bagi mengisi perut ahli keluarga di rumah kerana tiada wang untuk membeli bekalan makanan.
Melalui satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Abam Botak. Dia juga merupakan seorang aktivis masyarakat. Dia telah memuat naik kisah seorang bapak muda yang mengejar van bantuannya untuk meminta sumbangan.
Apa yang lebih menyebakkan adalah apabila dia terpaksa mengayuh basikal dari jauh sepata-pata untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa di rumah.
Namun, ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah dimaklumkan terlebih dahulu untuk dibantu.
Walaubagaimanapun, keesokan harinya, sumbangan dapat dapat diberikan selepas mereka bertukar nombor telefon.
Abam Botak mengatakan, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan.
Pengguna Facebook turut menitipkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakkal dan mengharapkan pembalasan yang baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.
Sumber: Abam Botak (Facebook), ohmymedia.