Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Taknak Kahwin Lah..”, Bapa Ini Kongsi Jumlah Harga Beli Barangan Anak, Netizen Luah Rasa Gusar

“Taknak Kahwin Lah..”, Bapa Ini Kongsi Jumlah Harga Beli Barangan Anak, Netizen Luah Rasa Gusar

Kategori:
beli barangan anak

Dalam ekonomi yang sedang terumbang-ambing kerana inflasi sekarang, harga barangan asas semakin menaik. Misalnya harga bahan mentah seperti ayam, telur dan tepung. Dalam waktu yang mencemaskan ini, amalan berjimat-cermat harus dilaksanakan demi kelangsungan hidup.

Ini kerana, setiap orang mempunyai komitmen hidup masing-masing. Ada insan yang tidak berkahwin lagi, tetapi punya komitmen untuk menanggung perbelanjaan adik-adik misalnya. Jadi, sebagai manusia yang diberi akal fikiran, kita janganlah menghakimi seseorang dari luaran sahaja tanpa mengetahui masalah sebenarnya.

“Taknak Kahwin Lah..”, Bapa Ini Kongsi Jumlah Harga Beli Barangan Anak, Netizen Luah Rasa Gusar

beli barangan anak

Bercakap berkenaan tanggungan, ada sebuah video yang tular di TikTok semalam berkenaan kos pembelian sara hidup terkini. Di dalam video itu, pemilik video berkenaan menunjukkan seorang bapa membeli barangan seperti lampin, susu bayi dan juga barangan rumah seperti sabun basuh.

Dalam anggaran 8 item berkenaan, semuanya hampir mencecah RM300.

“Barang ni saja hampiir RM300. Susu kakak dia 2, susu adik dia 2, sorang susu marhaen sorang susu kayangan.

“Ni punca dia (merujuk kepada anaknya). Tapi ini juga punca diorang juga rezeki melimpah-limpah, Alhamdulillah,” ceritanya dalam video beli barangan anak tersebut.

Menerusi video itu, harga susu kayangan yang dimaksudkan adalah susu bayi S-26 SMA yang berharga RM57.60 jika berjisim 600gram.

Tetapi, seperti sedia maklum, lain anak lain ragamnya. Video gurauan bapa dengan anak terbabit mungkin disalah erti. Tetapi kita sebagai orang yang tidak mengetahui keadaan sebenar tidak boleh menghakimi. Mungkin bapa itu hanya ingin berkongsi.

“Dia kata punca tu dia saja usik anak dia la and susu tu sebab tu yang sesuai untuk anak dia. Dia mesti pernah try pelbagai jenis susu tapi tu je yang sesuai,” kata netizen yang memahami.

Lain Anak, Lain Ragam

beli barangan anak

https://www.tiktok.com/@yourjiranstory/video/7137230431660838170?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@yourjiranstory Minta bincangkan 🫶🏻😂 #fyp #foryou #foryoupage #xyzbca ♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang berkongsi pendapat tentang hidup masing-masing. Ada yang tidak berani untuk berkahwin kerana memikirkan perihal kahwin merupakan perihal tanggungjawab, bukannya sekadar menghalalkan selepas melihat kepada kos sara hidup sekarang.

“Astaga kalau gaji RM15000, memang rtak lah nak kahwin,” kata seorang netizen bernama Wiemoo.

“Nak kahwin pun fikir 10 kali macam ni,” kata netizen lain memberi pendapat di video beli barangan anak ini.

Oleh hal demikian, pemilik video membalas, “jangan risau. Allah uji hambanya mengiikut kemampuan kita. Ada sampai masa kita tak boleh elakm tetap kahwin. Semuanya dah tertulis,” kata bapa yang berkongsi tadi.

Jangan Mudah Menghukum, Jalan Cerita Manusia Berbeza

beli barangan anak

Dalam hal rezeki, jodoh, ajal dan maut ini semua sudah tertulis. Mungkin masa kita tidak sama dengan orang lain kerana hidup bukan perlumbaan dan perbandingan. Tuhan dah susun cantik-cantik untuk semua.

Semoga semunya dipermudahkan.

Sumber: Jiran Story 

Baca juga: “Walau Kami Peniaga Kecilan, Kami Juga Punya Hati..” Peniaga Luah Rasa Kesal, Pelanggan Campak Duit Masa Bayar

tags: | |