Macam-macam kerenah murid serta guru dapat dilihat di media sosial sejak hari pertama persekolah tahun ini bermula. Ada yang menangis kerana belum biasa berpisah dengan ibu bapa, tak kurang juga ada yang gembira dapat bertemu rakan-rakan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik saudara Adam azli ke aplikasi TikTok miliknya ternyata membuatkan ramai ibu bapa berasa khuatir. Dia tertanya-tanya mengapa kantin sekolah ada menjual mi segera.
Mi segera bukan sahaja tidak menyihatkan malah kuantiti yang dijual juga sangat sedikit, harga jualannya juga adalah RM1.50.
Pada mulanya disangka mee, rupanya mi segera. Mujurlah anak Adam Azli tidak makan mi segera itu kerana sudah membawa bekal makanan pada hari tersebut. Dia turut bertanya kepada orang ramai sama ada berbaloi atau tidak makanan itu dijual pada harga sedemikian.
https://www.tiktok.com/@adamazali0/video/6934935225709399297?referer_url=https%3A%2F%2Fviralnewsupdates.com%2F&referer_video_id=6934935225709399297&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Rata-rata netizen turut terkejut dengan kejadian itu kerana difahamkan makanan segera seperti ini tidak boleh dijual di sekolah.
Kredit: adamazali0