Ayah adalah insan yang banyak pendam rasa penat, kecewa, sedih dan sebagainya. Kita sebagai seorang anak haruslah sentiasa bertanya kepada ayah kita, adakah mereka baik-baik sahaja?
Mungkin dengan pertanyaan tersebut dapat melegakan beban di dalam hati mereka. Kalau kita lihat, mungkin kita beranggapan bahawa beliau adalah insan yang kuat, tidak pernah putus asa dan tidak kenal erti penat.
Tapi mereka adalah insan yang sentiasa memerlukan kata-kata semangat untuk mereka sentiasa semangat untuk anak-anak. Lagi menyedihkan video ini, seorang bapa memberikan sebungkus roti coklat kepada anaknya sebagai hadiah ulang tahun kerana kekurangan wang.
Video ini dikongsikan oleh anak perempuannya syashawtyy di laman media sosial TikToknya. Beliau berasal daripada negara seberang, Indonesia dan memuatnaik video itu sambil menunjukkan wajah beliau menangis.
Beliau menangis kerana bapanya masih ingat dan mencuba untuk memberi hadiah kepadanya walaupun beliau tahu tiada duit untuk membeli. Beliau amat sedih kerana walaupun sebungkus roti, beliau tetap rasa serba salah kerana sebab itu.
Bapanya meletakkan satu keping nota di atas roti coklat tersebut.
“Selamat Ulang Tahun! Bapak cuma cukup belikan ini. Dimakan dik, kalau ada rezeki bapak belikan yang mahal ya. Bapak pulang malam nanti, jaga adik!”, itulah yang ditulis oleh bapa beliau di atas sekeping kertas itu.
Apakah reaksi anda jika bapa anda lakukan ini?
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkata bahawa beliau mendapat bapa yang sangat prihatin dan penyayang kepadanya. Tak ramai dapat merasai apa yang beliau rasai kerana ada bapa yang tidak peduli akan anak-anak mereka.
“Ini adalah sangat mahal kerana tak semua anak dapat benda ini.”, komen netizen bernama mel mengatakan bahawa benda ini sangat besar kerana ada yang tak dapat rasai.
Kebanyakan komen adalah daripada netizen Indonesia tapi masih boleh difahami oleh kita rakyat Malaysia. Semoga kita sentiasa menghargai orang tua kita, tak kira di mana sahaja. Letakkan mereka sebagai penanda aras kita sentiasa berjaya.
Kredit: syashawtyy