Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Badan Tak Selesa? Selalu Berangin? Jom Amalkan Petua Makanan Yang Dikongsi Oleh Wanita Ini

Badan Tak Selesa? Selalu Berangin? Jom Amalkan Petua Makanan Yang Dikongsi Oleh Wanita Ini

Kategori:
petua makanan hilangkan angin badan

Ini perkongsian daripada seorang wanita di laman facebook berkenaan petua makanan yang boleh diamalkan oleh individu yang mempunyai masalah angin dalam badan. Petua ini InshaAllah mampu untuk membuang angin dalam badan atau dalam perut. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur sahaja.

Petua makanan ini anda boleh makan bersama nasi panas dan ikan goreng. Pasti angin akan keluar, tak henti-henti. Cubalah dulu yang mana ada masalah badan yang selalu berangin tu. Mana tahu berkurang atau dapat menghilangkan terus masalah anda.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang putih ikut suka banyak mana
  • Lada hitam 30biji
  • Halia seinchi
  • Sedikit Garam
  • Air asam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus bwg putih atau letak atas nasi yang dah nak kering masa masak tu.
  2. Tumbuk halia, lada hitam sehingga lumat dan campurkan sedikit garam dan air asam
  3. Masukkan bawang putih dan boleh la lenyek-lenyekkan bawang tu sebelum makan.

SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: Hanaa Ana Via MAHN

tags: |