Setiap kali tibanya bulan Ramadan, rakyat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk membeli juadah di bazar Ramadan. Kiranya sudah menjadi aktiviti wajib tahunan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.
Akan tetapi, penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia dan membimbangkan terutama sekali di Malaysia. Membuatkan kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di seluruh Selangor.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor ketika sidang media pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 semalam.
Menurutnya, pembatalan penganjuran bazar Ramadan tersebut diputuskan susulan penularan wabak COVID-19. Dan jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan penganjuran bazar Ramadan kelak, maka ia akan dianjurkan nanti.
Tambahnya lagi, kemungkinan akan ada bazar Ramadan secara dalam talian mengikut arus teknologi. Dan ianya mungkin boleh dilaksanakan dengan melihat keupayaan penghantaran secara dalam talian.
Bukan sahaja di Selangor, tetapi bazar Ramadan di Negeri Sembilan dan Terengganu turut dibatalkan. Manakala di Kelantan ada kemungkinan juga untuk dibatalkan. Diharap anda di luar sana akan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan bagi membantu membendung penularan wabak COVID-19.
Sumber : thevocket.com