Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Begini Cara Buat Dadih Guna Susu Full Cream, Lebih Berkhasiat Untuk Anak-Anak

Begini Cara Buat Dadih Guna Susu Full Cream, Lebih Berkhasiat Untuk Anak-Anak

Kategori:
dadih-susu-full-cream

Dadih ini sememangnya menjadi kegemaran kanak-kanak. Lagi-lagi bila dimakan sejuk-sejuk pada waktu tengah hari, memang nikmat! Tersangatlah lembut bila disuap ke dalam mulut.

Apa kata jom cuba buat dadih yang lebih sihat dan berkhasiat untuk anak-anak. Lagi elok berbanding beli dadih yang berperisa. Hanya perlu guna bahan yang mudah untuk membuatnya. Salah satu bahannya adalah susu full cream. Jom lihat cara membuatnya di bawah.

Begini Cara Buat Dadih Guna Susu Full Cream, Lebih Berkhasiat Untuk Anak-Anak

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu kotak
  • Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
  • Gula ikut kemanisan sendiri
  • Garam secubit rasa
  • 1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
  2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Tunggu sehingga mendidih sikit baru tutup api.
  3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.
  4. Siap untuk dimakan.

Kredit resipi: Puan Niswah Hasina

tags: |