Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Begini Cara Buat Kuih Bom, Kuih Lejen Yang Diminati Ramai

Begini Cara Buat Kuih Bom, Kuih Lejen Yang Diminati Ramai

Kategori: ,
Kuih Bom

Perkongsian resepi daripada Niessa Chang di Facebook. Dia terpanggil untuk berkongsi resepinya membuat kuih bom kerana dia ada melihat orang yang membuat kuih bom tapi apabila digoreng dia menjadi merekah atau meletup.

Kuih ini diantara yang menjadi pilihan sepanjang musim PKP kerana bahan dan cara untuk membuatnya sangat ringkas. Jom ikuti perkongsiannya.

Begini Cara Buat Kuih Bom, Kuih Lejen Yang Diminati Ramai

Sy terpanggil utk kongsikan resepi kuih ni sbb ternampak ada 1 post kuih bijan digoreng tapi merekah@meletup. Kuih ni antara pilihan ramai smsa PKP sbb bahan dan cara buat sangat ringkas. Tapi bila nak goreng mulalah timbul masalah. Bab menggoreng ni lah ramai yg takut atau serik nak buat kuih ni. Nama pun kuih bom kan. Semoga perkongsian ini bermanfaat utk semua…

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan pekat (sy guna santan kotak)
  • Sedikit garam
  • Air suam
  • Bijan putih
  • Minyak masak utk menggoreng

Pilihan inti: 

  • Sy beli inti kacang merah readymade. Nak buat sndri pun boleh.
  • Kelapa parut + gula merah + sedikit garam (goreng)
  • Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan tumbuk) + gula pasir + sedikit garam
  • Kacang Hijau (Rebus hingga empuk dan kering) + kepala parut + gula + sedikit garam

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan dgn air suam hingga tepung x melekat di jari.
  2. Buat bulat kecil2 dan masukkan inti.
  3. Golek atas bijan putih.
  4. Simpan dlm peti ais semalaman.
  5. Keesokan pagi barulah goreng dgn api kecil.

#Tips menggoreng supaya x meletup, masukan kuih bijan terus ke dlm minyak barulah hidupkan api. Pastikan api paling keci. Goreng skjp hingga sdkit kekuningan, keluarkan kuih dr minyak dan tutup api. Biarkan selama 10 minit atau sehingga minyak sejuk kemudian bolehlah sambung semula menggoreng hingga masak, garing kekuningan.

 

Kredit: Niessa Chang

Selamat mencuba!

tags: