Akhir-akhir ini, bento ataupun bekal makanan daripada rumah memang menjadi tabiat ramai orang untuk membawanya ke tempat kerja atau sekolah demi berjimat selain makan makanan yang segar dan dijamin kualiti bersihnya.
Pelbagai makanan dan cara hidangan yang dibuat untuk menambahkan lagi kualiti bento yang disediakan. Daya kreativiti dicurahkan untuk menyediakan bento yang akan dimakan dengan penuh selera.
Seperti video yang tular di TikTok, bento yang comel dengan hidangan nasi bebentuk love menjadi bualan ramai apabila seorang isteri menyediakan bento kepada suaminya dengan cara begitu.
Melalui video perkongsian itu, suami kelihatan terkejut dan malu-malu kucing apabila membuka bekas makanan yang disediakan isterinya. Video itu dirakam ketika suami dan rakan sekerja lain sedang makan bersama-sama barangkali pada waktu rehat kerja.
“Bila ada orang baru kahwin dia punya bekal lain macam. Wahhh hebat dia punya bento. Bahagia bila berumahtangga ya Aril,” kata pemilik video itu di hantaran aksi terkejut suami yang comel dengan pemberian bekal makanan orang baru kahwin dari isteri.
Video itu telah menarik perhatian netizen dan ramai terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan. Ditambah pula dengan usikan rakan sekerja yang sengaja menyakatnya.
@mossrose1 wahhhh hebat dia punya bent. bahagia bila dah berumahtangga yer Ariil #fypシ #berandafyp #trending #trending #fyp #foodie #syukur #bento
♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu – Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
@mossrose1 wahhhh hebat dia punya bent. bahagia bila dah berumahtangga yer Ariil #fypシ #berandafyp #trending #trending #fyp #foodie #syukur #bento ♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu – Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma
Meninjau ruangan komen, pelbagai reaksi teruja netizen ditunjukkan terhadap kecomelan suami tersebut.
“Balik dia cakap, yunk esok bekal nasi tu buat bentul bulat je lah,” kata netizen bernama Izzah memberi komen di video bekal makanan orang baru kahwin suami isteri berkenaan.
“Ya Allah saya senyum sorang-sorang. Comel betul,” kata netizen lain.
“Ala so sweet, mesti wife member tu tengok senyum-senyum,” kata netizen dengan nama Aisha.
Melihat kepada reaksi suami tersebut, dia bukan malu tetapi terkejut dan terharu apabila melihat usaha isterinya yang menyediakan bento atau bekal makanan comel dengan nasi yang berbentuk love itu.
Tersenyum-senyum dia nak makan. Semoga pasangan berkenaan kekal bahagia sampai bila-bila.
Sumber: Moss Rose