Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terbaru! Bekalan Gandum Dalam Negara Mencukupi, Tidak Jejaskan Peniaga Roti Canai Dan Kuih B40 -KPDNHEP

Terbaru! Bekalan Gandum Dalam Negara Mencukupi, Tidak Jejaskan Peniaga Roti Canai Dan Kuih B40 -KPDNHEP

Kategori:
bekalan gandum

Kebimbangan orang ramai mengenai krisis gandum tidak mencukup di peringkat global akan dilihat mulai reda. Ini kerana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah menyatakan bekalan gandum masih mencukupi di negara ini, hari ini.

Terbaharu, seperti dipetik dari Astro Awani, KPDHEP memaklumkan bekalan tepung gandum dalam negara adalah stabil dan mencukupi.

Terbaru! Bekalan Gandum Dalam Negara Mencukupi, Tidak Jejaskan Peniaga Roti Canai Dan Kuih -KPDNHEP

bekalan gandum

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid bagaimanapun berkata, bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluarannnya terpaksa dikurangkan di pasaran. Punca dan faktor berkait alah lonjakan harga di peringkat global.

Katanya, rakyat tidak perlu panik kerana bekalan makanan asas itu di pasaran setakat ini adalah mencukupi, namun terdapat sedikit peningkatan harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus.

“Daripada segi bekalan tak terjejas. Cuma harga meningkat kerana pertama isu Ukraine dan Rusia. Keduanya adalah kos pengangkutan yang naik dengan mendadak.

“Berkenaan gandum am bersubsidi, ia adalah gandum khusus untuk kegunaan B40. Jadi pengurangan tidak menjejaskan peniaga yang buat roti canai, kuih dan sebagainya,” katanya selepas meninjau program Jualan Kedai Prihatin di Kuala Berang, hari ini.

Dalam pada itu, Rasol berkata kerajaan tetap memantau harga minyak sawit campuran di pasaran. Walaupun, produk itu tidak termasuk dalam senarai barangan kawalan.

bekalan gandum

Menurutnya, pengguna boleh membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menjual produk berkenaan dengan harga yang terlampai tinggi.

“Yang kita kawal ialah minyak masak sawit tulen satu hingga lima kilogram. Kalau ada peniaga jual lebih daripada harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP 2021).

“Tetapi jika ada peniaga yang ambil untung melampau atas jualan minyak sawit campuran, boleh buat aduan dan kita akan ambil dan kenakan tindakan,” katanya.

bekalan gandum

Pengguna Boleh Lapor Jika Merasa Peningkatan Harga Melampau

Jadi, sebagai rakyat, kita mengharapkan berlakunya pemantauan secara kerap berkenaan bahan mentah (gandum) ini. Ini kerana, gandum merupakan sumber pendapatan seseorang dan ia juga adalah makanan ruji rakyat Malaysia selain beras.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu

tags: | |