Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Janji Tak Dicapati..”, Bekas PM Datuk Seri Najib Dipenjara, Lelaki Ini Tunaikan Janji Belanja Netizen Super Ring

“Janji Tak Dicapati..”, Bekas PM Datuk Seri Najib Dipenjara, Lelaki Ini Tunaikan Janji Belanja Netizen Super Ring

Kategori:
belanja netizen super ring

Semalam, Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Susulan keputusan itu, media melaporkan bekas Perdana Menteri berkenaan diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

“Janji Tak Dicapati..”, Bekas PM Datuk Seri Najib Dipenjara, Lelaki Ini Tunaikan Janji Belanja Netizen Super Ring

belanja netizen super ring

Dalam tempoh perbicaraan berkenaan, seorang netizen di Twitter bernama Faruq telah menciap satu ciapan berkenaan hajatnya yang ingin membelanja makanan ringan Super Ring kepada netizen secara rawak pada 23 Ogos lalu.

Oleh kerana keputusan mahkamah memenjara Datuk Seri Najib semalam, lelaki berkenaan menunaikan janjinya dengan membeli 100 paket Super Ring untuk dibahagikan kepada orang ramai.

“Kalau Najib masuk Sungai Buloh aku beli 100 paket Super Ring dan agih-agih secara rawak kepana netizen,” tulisnya dalam ciapan terdahulu berkenaan hajat belanja netizen Super Ring.

Dan semalam, dia telah membeli 100 paket Super Ring di sebuah pasar raya.

“Janji tak dicapati. Esok aku distribute (agih). Malam ni aku makan dulu sepeket,” ciapnya semalam.

Menurut Twitternya, sebahagian Super Ring sudah diagihkan kepada teman sepejabat yang lain.

“Sebahagian agihan disempurnakan. Ada lagi, relaks! Hahaha,” katanya lagi dalam ciapan berlainan.

belanja netizen super ring

Terdahulu, Datuk Seri Najib selalu digandingkan dan terkenal dengan troll makanan segera Super Ring selepas memulakannya pada Mei tahun 2020 sejurus peristiwa selepas Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada Bersatu.

Datuk Seri Najib Memang Terkenal Dengan Troll Super Ring

belanja netizen super ring

Melihat ruangan komen, ramai yang terhibur dengan sarkastik yang dilakukan lelaki berkenaan. Ada yang meminta lelaki tersebut memberi Super Ring dan mengepos kepada mereka dengan nada berjenaka.

“Dia macam ni tau. Bukan tak boleh beli sendiri. Tapi untuk celebrate acara rare macam ni, bila orang bagi dia jadi lagi sedap. Nak 1 je. Boleh?”, kata seorang netizen bernama Delina.

Sambutan Paling Rare

belanja netizen super ring

Min rasa, mesti jualan Super Ring dekat kedai atau pasar raya dah meningkat bermula semalam. Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan buat kita semua.

Sumber: Lee Dong Ruq

Baca juga: “Dulu Bahan Member..”, Suami Sorok Bekal Dalam Baju Buat Netizen Terhibur, Ini Ceritanya..

tags: | |