Terlanggar kereta orang pasti berasa cuak bukan? Terlanggar batu sikit pun dah buat kita tak tentu hala apatah lagi terlanggar kenderaan orang. Memang cuak lain macam la kan. Lebih-lebih lagi jika terlanggar kenderaan di kawasan parking. Nak mencari tuan kenderaan pula satu hal, sampai sudah tak ketemu.
Isu terlanggar kenderaan ini juga turut dikongsi oleh Mohammad Faiz di aplikasi TikTok. Di mana kenderaannya dilanggar dengan individu yang tidak dikenali namun sebagai ganti rugi individu tersebut menggantikan kerosakkan tersebut dengan sebekas popcorn dan sekeping nota.
Mendengar terlanggar sedikit itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada Faiz dan dia sempat mengatakan tidak mengapa. Namun apabila melihat tempat terlanggar itu membuatkan dia terkejut dan tidak henti-henti menyebut nama Allah.
Popcorn dengan sekeping nota yang tertulis ” sorry awak. Saya terlanggar kereta awak sikit tadi. Saya belanja popcorn ye. Sorry” itu diletakkan di atas cermin hadapan kereta lelaki berkenaan.
https://www.tiktok.com/@officialmfbz.97/video/7032958512149843226?is_from_webapp=v1&web_id7020222252114314753=&is_copy_url=0&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@officialmfbz.97Terlanggar sikit##viral ##fypdongggggggg ##fypシ ##fyp ##followformorevideos♥️♥️ ##xyzbca♬ original sound – encikmohammadfaiz
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan individu yang melanggar kenderaan abang ini yang mana hanya meninggalkan sebekas popcorn.
Harga bagi sebekas popcorn tersebut tidak dapat digantikan dengan jumlah kerosakkan yang dialami oleh lelaki ini. Malah ada juga warga TikTok yang meminta lelaki ini melihat CCTV bagi mencari pemilik kenderaan yang melanggar kenderaannya.
Jika dilihat kepada kerosakan yang dialami oleh lelaki ini memang agak teruk. Pastinya kos untuk membaikinya agak banyak dan ianya tidak terganti dengan popcorn berkenaan.
Tidak tahu apakah status orang yang melanggar kereta berkenaan, mungkin juga dia masih lagi pelajar atau tidak mempunyai wang untuk membayar ganti rugi. Walaubagaimanapun dia tetap meminta maaf. Bukankah itu lebih baik daripada tidak meninggalkan apa-apa pesanan.
Kredit: TikTok encikmohammadfaiz