Setiap orang pastinya mempunyai selera yang berbeza-beza. Ada yang suka pedas, ada yang tak suka. Ada yang gemar makan nasi, ada juga yang alergik dengan nasi ini. Ada yang suka makan sayur, kalau boleh setiap hidangan wajib ada sayur. Kalau tidak pastinya tidak lengkap dan kurang berselera.
Kalau sediakan makanan sendiri di rumah akan lebih mudah, hidang je ikut selera masing-masing. Namun jika makan di luar pastinya individu yang menggemari sayuran akan meminta sayur lebih setiap kali mengunjungi restoran atau kedai makan.
Berkenaan dengan sayur ini, ada satu kejadian yang sempat dikongsikan oleh Asyikin Md Jofri berkenaan dengan dirinya yang meminta sayur lebih sewaktu membeli burger McDonalds. Namun sungguh mengejutkan apabila pelayan restoran makanan segera tersebut meletakkan sayur yang sangat banyak.
Video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu, jelas kelihatan sayuran yang banyak sehingga melimpah dan merimbun. Kerana sayuran yang banyak itu, hampir tenggelam roti dan daging. Melihat situasi tersebut pastinya ia membuatkan kita sebagai pelanggan terkejut dan menganggap ianya adalah terlalu pemurah.
@asyikinmdjofri Hantu Sayur Hadir 🤭#fyp #fypシ #foryoupage #mcdonalds #mcdonaldsmalaysia
@asyikinmdjofri Hantu Sayur Hadir 🤭#fyp #fypシ #foryoupage #mcdonalds #mcdonaldsmalaysia ♬ original sound – Asyikin Md Jofri
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang terhibur melihat sayuran yang begitu banyak dan ada juga yang menyifatkannya ianya seperti melepaskan geram.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama apabila meminta extra pickles namun dapat dalam 20 keping.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh, cuba minta daging lebih pula. Mana tahu tiba-tiba pihak McDonalds berikan 8 ketul daging dengan harga yang sama. Ada juga yang menulis, itu bukan extra sayur dah tapi dengan kebun bapa dia diletaknya.
Banyak sungguh kan sayurnya? Mungkin juga pihak McDonalds ini nak habiskan sayur yang ada atau mungkin juga mereka memang sebenarnya sangat pemurah. Tapi fikir juga, macam mana nak makan burger ini kalau sayurnya terlebih banyak. Dah tak nampak rupa burger dah, nampak macam salad pula. Apa pun, terima kasih dan tahniah pihak McDonalds kerana sangat bermurah hati.
Kredit: asyikinmdjofri
Baca juga: “Tu Baru Api Dunia..”, Rambut Terbakar Gara-Gara Lilin Kek, Ini Pula Komen Padu Netizen