Zaman sekarang banyak barangan yang mulai naik harga, dari barangan mentah sehinggalah kepada makanan. Tidak kiralah sama ada lauk pauk, kek, kuih muih atau pun makanan bergoreng yang lain.
Malah ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab apabila menjual barangan perniagaan atau makanan pada harga yang langsung tidak masuk akal. Namun dek kerana terlalu teringin nak makan, ada juga pelanggan yang membelinya.
Kata mereka, harga makanan yang dijual perlu dinaikan apabila barangan mentah naik. Diaorang pun mahukan keuntungan juga namun begitu janganlah terlampau dambakan keuntungan sehingga menyebabkan para pelanggan amat terkejut.
Terkejut akan harga makanan yang diambil dan barangan yang dipegang. Seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita di aplikasi TikTok berkenaan dengan rasa terkejutnya selepas membeli cempedak goreng.
Seperti mana video yang dikongsikan oleh wanita yang dikenali dengan nama zulaikhazuki berkenaan dengan gorengan buah tersebut di mana dia berasa terkejut dan tidak percaya akan harganya.
Ekoran itu dia telah memuatnaik video berkenaan dan meminta pendapat orang ramai apakah betul harga untuk satu ulas cempedak tersebut RM1. Memandangkan dia membeli lima ulas harganya menjadi RM5.
“Woi nak tanya sat ni, cempedak lani satu ni seringgit ka? Lima ni lima ringgit. Betoi ka wei? Aku tak tau, ni aku tanya hampa ni.”
Mungkin tidak percaya dan Zulaikha juga sempat menunjukkan cempedak yang dibelinya dan kelihatan cempedak goreng tersebut tidaklah terlampau besar. Sederhana sahaja.
@zulaikha_zuki Mahai pun kita support tapi 5 biji ja lah😅
@zulaikha_zukiMahai pun kita support tapi 5 biji ja lah😅♬ original sound – zulaikhazuki
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Rata-ratanya mengatakan memang betul harganya sedemikian rupa memandangkan harga buah cempedak pun memang dah mahal.
Ada juga yang berseloroh harga cempedak goreng mahal kerana Perdana Menteri menegur peniaga goreng minyak paket.
Selain ada yang mengatakan di tempatnya hanyalah 5 ulas hanya RM5 ada juga yang menyatakan sebab peniaga tersebut ingin pergi haji. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menulis, memang mahal kak. Harga sekilo buah cempedak boleh sampai RM18.
Zaman sekarang, serbi serba dah mahal. Lebih-lebih lagi buah cempedak ini, harganya yang mentah sudah pun tinggi apatah lagi bila menjadi cempedak goreng. Kadangkala bukanlah peniaga ni nak untung sangat pun, namun apabila dijual murah tiada langsung untungnya.
Bila jual mahal sikit, orang cakap nak terlebih untung. Walaubagaimanapun, memang betul la kot harganya sekarang RM1 seulas. Mungkin di kawasan kampung masih boleh didapatkan dengan harga yang lebih murah.
Sumber: TikTok zulaikhazuki
Baca juga: Peniaga Pisang Goreng Tidak Dibenarkan Untuk Guna Minyak Masak Paket, Orang Ramai Mulai Marah