Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tergamak Depa Noo..” Beli Nasi Lemak Tapi Hanya Dapat Seekor Ikan Bilis Buat Wanita Ini Tak Jadi Makan

“Tergamak Depa Noo..” Beli Nasi Lemak Tapi Hanya Dapat Seekor Ikan Bilis Buat Wanita Ini Tak Jadi Makan

Kategori:
nasi lemak ikan bilis seekor

Nasi Lemak merupakan nasi yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain dijadikan sarapan pagi, nasi ini juga sering kali dijadikan makan malam. Nak membuatnya sangat mudah namun zaman sekarang, lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya, untuk memasak nasi lemak ini memang tidak sempat.

Jadi mereka ini lebih memilih untuk membeli di kedai atau mana-mana gerai sahaja. Malah apabila membeli dari kedai, kita boleh memilih pelbagai jenis lauk dan sambal. Bukan semata-mata sambal bilis sahaja, namun ada juga sambal sotong, udang dan kerang.

Beli nasi lemak dapat ikan bilis seekor sahaja

Berkenaan dengan nasi lemak ini, terbaharu ada seorang wanita yang dikenali dengan nama Mai Cucucicit Desa, sempat berkongsi kisah mengenai nasi yang wangi dan berlemak ini di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni. Katanya, ada sebuah kedai yang tergamak memberikan ikan bilis seekor.

Semata-mata ingin cepat, gerai tersebut hanya memberikan seekor ikan bilis. Malah menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan hanya seekor ikan bilis yang ada. Turut kelihatan sedikit telur rebus dan kacang serta dua keping timun batang. Tidak dapat diketahui berapa harganya, namun siapa sahaja pasti kecewa apabila mendapati nasi yang dibeli hanya diisi dengan seekor ikan bilis.

Ni baru betul masak apa tak jadi makan harini. Gamak depa noo, punya nak cepat kata bagi ikan bilis sekoq ja. Ingat siakap ka. Huhuhu

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada yang menyatakan di Selangor sahaja berlaku seperti ini. Ada juga yang menulis bahawa kacang tersebut. Manakala ada juga yang menasihati jika tak cukup bahan jangan jual. Dapat dosa sahaja.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan kebiasaanya kalau macam ni mesti kacang dengan bilis dicampur sekali dan apabila disudukan masuk ke dalam bungkusan, mereka tak perasan. Tidak kurang juga ada yang berseloroh, padan la nak jimat. Banyak-banyak takut tak habis.

Mungkin benar, ikan bilis tersebut dicampur bersama-sama dengan kacang. Jadi apabila disudukan tak perasan ikan bilis tersebut sedikit. Walaupunbegitu, bagi yang menggemari nasi lemak ini pastinya tidak berselera untuk makan apabila tiada ikan bilis. Namun apa pun, tetaplah bersyukur ya.

Kredit: Facebook Mai Cucucicit Desa

Baca juga: “Patutlah Sedap..”, Wanita Tersalah Guna ‘Prayer Oil’ Rakan India Saat Masak Tomyam Undang Tawa Warganet!

tags: | |