Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Penat Aku Gelak..”, Beli Sarapan Pagi, Bila Sampai Tempat Kerja Dapat Timun Buat Ramai Terhibur

“Penat Aku Gelak..”, Beli Sarapan Pagi, Bila Sampai Tempat Kerja Dapat Timun Buat Ramai Terhibur

Kategori:
dapat timun batang

Kehidupan ini memang dipenuhi dengan pelbagai kenangan atau memori. Ada memori yang menyedihkan, menyakitkan dan ada juga yang kelakar. Kalau hari ini kita bersedih, jangan risau pasti akan ada hari di mana kita akan bahagia atau ketawa.

Walaupun hari itu tidak kunjung tiba, keluarlah dari ruang kesedihan itu dan cari kebahagiaan dan perkara yang membuatkan kita terhibur. Perkara yang menghiburkan kita ini boleh terjadi dalam banyak hal. Antaranya adalah seperti mana yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok bukanceohanyakuli ini.

Makcik tersalah, beli sarapan tapi dapat timun batang

Di mana pada mulanya dia sempat membeli sarapan pagi di sebuah kedai. Namun apabila sampai di tempat kerja, dia melihat ianya adalah timun batang. Mungkin makcik yang menjual makanan berkenaan tidak perasan ia adalah bekas yang berisi timun batang.

Individu ini juga sempat menulis caption menyatakan “mesti makcik tu cari timun dia”. Walaubagaimanapun, dia sudah pun mengembalikan kembali timun berkenaan kepada makcik tersebut. Malah makcik tersebut juga sempat berkata yang dia pelik sewaktu nak potong timun memandangkan bekas yang disangkakan timun itu terasa panas.

@bukanmanager

mesti makcik tu cari timun dia🥲

♬ Makan Jangan Asal Makan – Nussa

@bukanceohanyakulimesti makcik tu cari timun dia🥲

♬ Makan Jangan Asal Makan – Nussa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terhibur dengan apa yang dikongsikan oleh individu ini. Malah ada yang berkata, sampai kebah demam disebabkan ketawa. Ada juga yang berseloroh bahawa makcik berkenaan menyuruh diet.

Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan dia penat gelak dan ada yang berterima kasih kerana membuatnya gelak.

Walaupun kejadian tersebut agak biasa namun ia sudah cukup membuatkan kita terhibur. Tak boleh nak salahkan makcik yang menjual pun. Kadangkala terlalu ramai pelanggan dan banyak pesanan jadi tersalah langkah semuanya. Kalau korang berada dalam situasi macam ni, pulangkanlah kembali makanan yang tersilap itu andai kedai berkenaan dekat. Namun jika jauh, apa boleh buat kan.

Kredit: TikTok bukanceohanyakuli

Baca juga: Bayi Kembar Dalam Kandungan Gugur, Ibu Ini Terkilan Kerana Sering Muntahkan Air Gula

tags: |