Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sumpah Takde Angin..”, Beli Takoyaki Tapi Tiba-Tiba Bonito Flakes Bergerak Sendiri Buat Gadis Ini Ketakutan

“Sumpah Takde Angin..”, Beli Takoyaki Tapi Tiba-Tiba Bonito Flakes Bergerak Sendiri Buat Gadis Ini Ketakutan

Kategori:

Takoyaki merupakan makanan yang berasal dari Jepun dan teramat digemari oleh rakyat Malaysia. Makanan yang berbentuk bulat ini banyak dijual di kiosk-kiosk kecil di tepi jalan. Ianya adalah makanan yang berasaskan tepung dan dimasak dalam acuan khas.

Kemudian ia akan dilengkapi dengan bonito flakes atau kulit ikan serta beberapa sos lain bagi lebih menyedapkan lagi rasanya. Berkenaan dengan bonito flakes ini, semalam viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan sekumpulan pelajar Matrikulasi tergamam dengan kulit ikan dalam Takoyaki nya.

Kulit ikan atau bonito flakes yang bergerak-gerak sendiri itu membuatkan beberapa daripada mereka terkejut. Kulit ikan tersebut bergerak seperti ditolak angin namun pada waktu tersebut memang tiada angin.

Sumpah takde angin..

https://www.tiktok.com/@adamjhry_/video/7031411305986657563?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@adamjhry_Tolong😭 ##foodie ##fyp ##matrikulasi ##jalanberhantu

♬ original sound – Adamjhry

Menjengah ke ruangan komen, ada warga TikTok menyatakan kulit ikan kering tersebut bergerak kerana haba panas dari Takoyaki berkenaan.

Dia bergerak sebab haba panas..

Namun ada juga yang menyatakan mereka baru mengetahui yang kulit ikan tersebut bergerak, kebiasaanya mereka akan terus makan tanpa perhatikan keadaanya kulit ikan tersebut.

Aku baru tahu..

Akan bergerak juga dalam perut kau..

Pasti ramai kan yang baru tahu kenapa ia bergerak sendiri? Memandangkan sebelum ini kita tahu makan sahaja dan tidak pernah mengkaji tindak balas yang berlaku. Tiada apa pun, jangan pula korang takut nak makan Takoyaki lepas ni.

Sumber: TikTok Adamjhry

Baca juga: “Nak Macam Sayap Katu Tu Lebih…”, Perniaga Terhibur Baca Pesanan Pelanggan Yang Order Tokayaki Macam Ni

tags: |