Biasanya, jika kita ada banyak nasi lebihan selepas kenduri atau sebarang majlis, nasi putih tu mesti kita jadikan ia sebagai nasi goreng ataupun cucur.
Tapi tahukah anda? Anda boleh buat satu hidangan kudapan yang sedap dan lazat dengan hanya buat bepang rangup manis. Memang senang nak buat kudapan untuk keluarga dan teman.
Jom kita ikuti perkongsian bepang rangup manis di bawah ini.
Ada Banyak Nasi Lebihan? Jom Buat Bepang Rangup Manis Ini, Memang Senang Nak Buat
Bahan-Bahan:
- 3 cawan nasi – dijemur
- 1 cawan gula – oleh kurangkan kalau taknak manis
- minyak untuk menggoreng – minyak secukupnya untuk goreng nasi
Cara Penyediaan:
- Nasi yang kering dijemur digoreng guna minyak yang panas dan banyak.
- Bila nasi dah kembang, tos dan ketepikan dulu.
- Masak gula dalam kuali sampai cair gula (warna coklat).
- Masukkan nasi yang digoreng tadi dalam kuali berisi gula cair dan kacau sebati.
- Masukkan nasi yang dah sebati dengan gula dalam loyang. Ratakan dengan cara guna cawan, tekan sampai padat. Kalau ada lebihan kekacang, kismis atau ceri tabur atas bepang.
- Waktu bepang masih suam potong. Jangan tunggu sejuk nanti susah nak potong.
- Siap kuadapan untuk waktu petang, sekejap ni dah licin!!
Jadi nasi lebih tak membazir dah dengan buat cara ni. Selamat mencuba untuk semua. Semoga perkongsian bepang rangup manis ini bermanfaat.
Baca juga: Resepi Donut Ayam Lain Dari Yang Lain, Biasa Makan Kuih Donut Je Kan? Hidangan Yang Wajib Dicuba!