Tular minggu lalu berkenaan saranan pegawai kerajaan yang meminta rakyat mengurangkan pemakanan telur oleh kerana harga telur mengalami peningkatan. Katanya, jika sebelum ini pengguna memakan 15 biji, mereka perlu mengurangkan menjadi 10 atau 5 biji sahaja.
Kata-kata berkenaan telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen terutamanya di alam maya. Hal ini kerana, ramai netizen bersependapat bahawa kenyataan yang diterbitkan bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak, ia sekadar kata-kata yang dianggap ‘jawapan selamat’.
Semalam, satu hantaran daripada salah sebuah stesen TV juga turut mendapat kecaman sama apabila mengeluarkan berita yang dianggap tidak bernas. Tidak tahu asal sebab utama berita sebegitu dibuat kerana betul mengganggap itu adalah idea bernas atau ia juga sekadar satira.
Berita berkenaan berpunca oleh sebab kenyataan pengarah KPDNHEP Melaka menyarankan pengurangan pemakan telur dan ia telah disatirakan oleh salah seorang pengguna media sosial yang bernama Ameera tentang langkah penjimatan telur seperti gambar di bawah.
“Bila idea sarkastik (sindiran) dari rakyat yang susah lelah diambil sebagai ‘idea bernas’ oleh media elektronik yang terkenal sebagai jurucakap kerajaan, apalah harapan yang tinggal pada rakyat?”, kata seorang penggunna Twitter @JeffriMS memberi luahan tentang isu ‘makan telur’.
https://twitter.com/BuletinTV3/status/1543892383095734272?s=20&t=QSSRTwjBi8Xzfp9nsb5pXw
Meninjau ruangan komen dengan lebih mendalam, rata-rata kesal dengan hal demikian kerana ramai orang sedang terkapai dengan ekonomi sekarang.
Mengambil salah satu komen netizen, @amirafiq73 menyatakan satira yang telah dimuatnaik bukan idea genius, tetapi ia adalah indikator atau pengukur sebenar tentang realiti rakyat yang harus berjimat sampai ke tahap sedemikian rupa.
“Weh ni bukan idea genius, ni buktii betapa kronik dah kita punya ekonomi. Benda macam ni bukan saja-saja nak buat konten. Ni nak bagi kesedarann dekat pak menteri yang berpuluh-puluh dallam kabinet tu yang kita dalam krisis. Itu punn kalau dorang tu ada lagilllah IQ untuk hadam situasi,” ciapnya mengulas berkenaan isu tersebut.
Kesimpulannya mengulas isu ‘makan telur’, di saat rakyat sedang berhadapan dengan pelbagai kegawatan yang boleh terkait dengan gangguan masalah mental akibat tekanan hidup, pihak yang mempunyai kuasa di atas haruslah memikirkan dengan kritis jalan penyelesaian dan war-warkan kepada rakyat.
Bagaimana negara Malaysia yang mempunyai sumber alam yang luas, tidak mampu menjadi negara yang mapan?
Sumber: Media TV