Pastinya bukan mudah untuk menurunkan berat badan. Ia memerlukan kesabaran dan tahap konsistensi yang tinggi. Tanpa kesabaran yang luar biasa dan jiwa yang kental pastinya ramai yang kecundang di tengah jalan. Namun cubalah seboleh mungkin. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Banyak je tips serta amalan diet yang anda boleh ikuti dan lakukan mengikut kemampuan diri. Yang penting cuba sehabis baik. Salah satu tips yang korang boleh amalkan adalah yang dikongsikan oleh Izzah Hazwani ini.
Menerusi tweetnya di Twitter, Izzah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Dari 55 kilogram ke 45 kilogram dalam masa 2 bulan sahaja. Menurutnya, berat badan tersebut dapat dicapai hasil usaha yang dilakukan olehnya terutama dalam aspek pemakanan.
After all the hardworks, yeay from 55kg to 45kg 🥺🤟🏻 pic.twitter.com/Eoikc8r3zH
— jah (@izzahhazwaniii) November 2, 2020
Saya breakfast biasa nya makan roti wrap gardenia tuu, takpun roti wholemeal gardenia tu. letak telur salad or conflakes/pure oat letak low fat milk dutch lady nak lagi sedap tambah la pisang or apple. 10am tu biasa nya time snacking amek buah2, salad buah ke, bell pepper plus cream cheese tu ke ha. tengok jugak la stok apa ada dekat rumah haha. Lunch biasa nya saya tak tggl nasi sbb kalau tggl nasi makan merepek2. lunch mmg amek nasi. tapi small portion. satu senduk je. lebih kan lauk and sayur. Saya amalkan makan suku suku separuh and kalau boleh jgn makan malam atas pukul 8 tu. sbb perut nak rehat sebelum 3 jam nak tidur tu. Exersice saya buat jugak. Tapi saya pilih exercise yang saya rasa happy nak buat. Jangan pressure.
Menurutnya lagi, dia juga turut amalkan meminum air masak yang banyak iaitu sekurang-kuranya tiga liter sehari serta minum teh hijau dan air limau suam tanpa gula.
Kredit : Izzahhazwaniii
Baca juga : Menu Diet Homemade, Wanita Ini Berjaya Turunkan 19KG